Pages

Sunday, July 7, 2013

Carpen : Dia yang kau pilih

Posted by ika sulaika at 12:54 AM

Copy from my private blog




 Sepeket choki-choki aku ambil dari atas meja lalu di masukkan ke dalam beg sandang kecil bewarna baby pink. Sedang aku menyusun isi-isi di dalam beg , telefon bimbit ku berteriak minta diangkat. Lagu shahir bertajuk dia yang kau pilih menjadi santapan halwa telinga. Aku mencapai sony xperia dari dalam poket lalu punat hijau aku tekan . "Hello , ye kejap lagi aku sampai. Kat rumah lagi ni.Kau tunggu je.Bye".Myrafy menelefon aku.Katanya , semua geng kami sudah tiba di foyer SMK Bandar Tenggara 2.Aku menyandang beg lalu mendekati sebuah cermin dirumah ku. Aku mengenekan seluar hitam dan baju lengan panjang bewarna baby blue serta tudung syria kosong bewarna baby blue. Minimalis. Usai membelek penampilan diri aku menyalami emak yang sedang menyediakan sarapan.

"Tak nak sarapan kak ?" . Emak bertanya . "Tak lah kod.Dah lambat ni" aku mencapai kunci motor di atas sofa. Kasut sukan bewarna kelabu aku sarung pada kaki yang sedia berstoking dengan corak hello kitty.5 minit kemudian aku sudah berada di jalan raya merempit untuk sampai ke destinasi. Aku menyumbat lubang telinga ku dengan ear phone dan lagu dia yang kau pilih aku mainkan.

Nama aku ika. Kadang-kadang kawan aku panggil minnie je kerana fizikal aku yang agak kecik.Umur aku 16 tahun dan aku one of the SECRET.Aku anak sulung yang kasar diluar tapi lembut di dalam.Mak kata aku cengeng huhu.Amboi dia!Im taken hehe.Nama insan yang memenangi hati aku tu Ezroy Reza.Setahun lebih tua.Aku panggil dia reza je.Korang-korang jangan rampas dia tau.Aku sayang dia.Eceh!Now, aku nak pergi SMKBT2 .Tu bukan sekolah aku ye.Actually , PPD ada buat lawatan ke seluruh johor yang membabitkan 16 buah sekolah.Oii oii aku tengah tunggang motor aku ni.Nanti-nanti je aku cerita.Deal ?


♥♥♥♥♥

Aku berborak-borak dengan teman-teman ku yang terdiri daripada myrafy, icha,lisa,umie dan beberapa lagi teman yang lain.Setelah 15 minit kami menunggu akhirnya sebuah bas tiba di sekolah SMKBT2.Semua pelajar dari 4 buah sekolah yang lain sudah bangun dari duduk santai begitu juga aku. Bib bib . Satu mesej untuk aku. Aku menekan punat buka dan tersenyum.

"Baby take care ok . Biy sayang baby.Dont noty noty and dont look at another guy.Love you"

"Ok.Luv u too muachh"

 Aku duduk bersebelahan dengan icha di dalam bas.Banyak yang kami borakkan antaranya pengalaman di legoland tak ketinggalan juga gosip terkini di SMK Seri Pinang , sekolah ku yang tercinta.Tidak cukup dengan gelak tawa aku dan icha , kawan -kawan ku yang lain pon tumpang sekaki walhal jauh juga kedudukan kami . We buddyz we never a part ! Bib bib , satu lagi mesej untuk aku . Aduhai reza ke ? Aku menekan punat buka.Di dalam hati terima kasih kak liliyana mardiana si blogger dangubunny skema itu hot yang menghadiahkan aku sony xperia ini. Eh , mesej ini bukan dari reza tapi teman ku lisa . Aik , duduk depan belakang pon nak bermesej juga ? layan~

"Wei , i have something to tell you babe" . Kening ku berkerut . "what is it ?" . "Hope kau tak kecewa" .kening ku semakin berkerut. Apa yang lisa mahu sampaikan? "Babe , just chill . tell me what up ? serious sangat ke doh ?" . Lama aku tunggu balasan mesej dari dia . Selepas 10 minit "kau macam budak kecil lah minnie.Pakaian kau warna baby-baby.OMG come on lah babe . Dah besar kod ngehehehe" aku tersenyum . "Hazabedah kau lisa haha"
 

 ♥♥♥♥♥


Sudah sebulan aku bercuti di rumah . Bulan Januari nanti aku akan ke sekolah semula sebagai pelajar yang paling senior. Masih tergambar lagi keriangan saat aku dan teman-teman mengikuti jelajah johor sebulan yang lepas.Namun secara tiba-tiba lisa menjadi sangat pendiam. Aku tidak tahu apa punca nya . Dia kelihatan sayu apabila melihat aku.

" lisa , are u okay ?" . Lisa mengangguk
"Tipu. Asal kau senyap je hari ni? U are not my lisa.U are fake?" . Lisa ketawa . Dia memandang aku dengan pandangan yang ceria namun dari anak mata nya ada kelayuan.Ada perasaan sedih di situ.Dia pegang lengan aku dan berlagak tenang. "U are my bestie dan aku tak nak kau nangis kelak.Aku simpati dengan kau".Hati aku tak sedap. "Why?" . Dia mengeluh keras . Lama kami berkeadaan begitu .Suasana senyap sepi sahaja. "Kau macam budak kecik pakai warna baby-baby ni.Eyuww engkau dah lah pendek minnie.Bertambah personaliti budak-budak .Simpati aku" gelak besar lisa.Aku menahan geram. Hazabedah betul dia ni . Aku piat telinga dia dan kami gelak kemudiannya.

 Bib bib lamunan ku hilang . Aku mencapai sony xperia . "Baby where are you? Dating jom" . "Ok , kat mana ?" . "Tanya pulak. Dekat depan rumah baby lah . My mother in law kan tak izinkan dating jauh-jauh.Kejap lagi bie sampai ok?" . 5 minit selepas itu , Reza tiba di rumah ku bersama coklat cadbury yang besar.Aku melemparkan senyuman yang paling manis di dunia. Lama kami berborak.Mungkin sudah satu jam setengah.Emak pula menyediakan air sirap bandung untuk kami.Emak memang tiada masalah jika reza bertandang ke rumah kami.Masing-masing sudah kamcing.Sedang rancak berbual aku terlihat Karina di luar rumah ku .Terngendap-ngendap.Karina kawan kepada ila si adik aku.Mungkin dia mencari ila.

Aku mendekati Karina yang juga sepupu myrafy. "Assalamualaikum , karina cari ila ke?Jom masuk" tanpa banyak soal dia pun membuntuti aku dari belakang . Aku menjemput dia duduk berhadapan dengan Reza sementara aku masuk ke dalam rumah untuk memanggil ila.Aku mengetuk pintu bilik ila.Sunyi.Lalu pintu bilik aku tolak dari luar.Eh , tak ada ? Aku berpatah balik ke tangga tetapi mata ku menangkap kelibat sebuah figura ila di beranda.Aku mendekati dan mahu menegur tetapi aku membatalkan niat .Aku lihat muka ila seperti manahan geram.Dia mengetap gigi.Ila sedang memandang reza dan karina.Aku turut melihat mereka.Karina dan reza sedang berbual. "Ila , karina cari kau.." . Dengan laju ila meninggalkan aku dan menuju ke halaman  rumah untuk berjumpa karina.Apa kene budak ni?



♥♥♥♥♥


Malam ini suasana sangat sejuk. Sejuk nya seperti diserap ke tulang sum sum ku yang paling dalam.Tiada rutin lain yang aku lakukan pada malam ini melainkan bergolek-golek di atas katil yang empuk dan otp dengan kekasih hati ku , Ezroy reza. Sudah agak lama aku tidak berhubung dengan dia.Ada sahaja alasan nya dan aku percaya setiap kata-katanya."Biy , semalam i tried to contact you tapi u off your phone.We are you going?" aku memintal hujung rambut ku. "oh im sorry baby . My phone was on silent i was at the mosque" . "Oh.." . "Why ?" reza bertanya."nothing.Just miss you" . "Haha sweet nya bini bie ni". Aku tersenyum lebar.Di dalam hati aku mengaminkan kata-katanya. "Baby ingat lagi tak first meet kita?".Aku senyum "Ingat.Baby masih ingat lagi macam mana sombong nye bie dulu masa baby tegur.Malu tau!".Reza gelak besar."Haha baby tau kan bie tak layan perempuan.Actually dah lama bie minat kat baby tapi malu nak cakap.Yelah , orang tu mesej senyum-senyum mestilah ada boyfriend"."Haha mana ada boyfriend.U the first and the last.Kalau suka baby , kenapa bie tak cam muka baby masa baby tegur ?Emm mentang-mentang dah tukar sekolah.Terus lupa muka baby"."Haha bukan macam tu.Biy tengok muka baby lain bila pakai tudung.Dulukan baby free hair but after i know u are my ika , biy terus say sorry rite?".Bertambah-tambah senyuman aku.Ya , dulu kami suka sama suka di dalam diam.Namun tiada siapa antara kami yang meluahkan perasaan sehingga Ezroy reza berpindah sekolah.Aku tahu dia bukan seorang lelaki yang melayan perempuan.Pada suatu hari, aku terjumpa dia sekali lagi dan aku cuba menegur dia ditemani umie.Namun hampa dia tidak memandang aku.Malu.Namun apabila dia tahu bahawa aku ialah ika sulaika , maka dia pun meminta maaf dan hubungan kami menjadi rapat sehingga menjadi pasangan yang romantik.

Selesai otp , ila pun masuk ke dalam bilik ku tanpa mengetuk pintu. Dia menghempas tubuh ke atas katil.Serentak dengan itu aku bangkit dari pembaringan ku."Kau dah kenapa?" aku menegur.Ila pun bangun dari pembaringan dan duduk berhadapan dengan aku.Matanya mencerlung. "Kak , kau sayang reza?"."Soalan buduk ke apa ? Sayang giler kod!".Ila mengeluh.."Wei , kau jangan cakap kat aku yang kau suka reza? Siap kau aku kerjakan!" getus ku dengan kasar ."Eii tak arr bongok! Nazmi aku nak campak mana?"."Huh..dah tu asal?".Ila diam."Aku .. aku jujur je arr".Jantung ku berdegup kencang.Apa yang mahu dikatakan ila?."Aku syak , reza main kayu tiga dengan kau".HUHHHHHHHHHHH ???

"Asal pula?" panas hatiku apabila adik sendiri menuduh kekasih hati yang ku cinta sebegitu rupa.Aku kenal reza lebih dari dia."Kau jangan marah dulu , kak! Actually , aku pernah nampak reza dating dengan karina.Banyak kali! Lisa pun nampak..".Lidah ku kelu seketika. "Lisa...?". "Dia pernah call aku dulu.Dia kata , dia nampak reza pegang tangan karina.Siap panggil biy baby lagi". Aku .. aku terdiam. Baby? Karina baby? . Aku masih tidak percaya namun apabila bukti di depan mata ,aku terpaksa telan meskipun kelat. Gambar Reza dan Karina bersama. Siap bersuap ais-krim lagi. Aku menangis dan terus menangis.


♥♥♥♥♥

Seperti yang di janjikan , aku dan teman-teman serta ila berjumpa di juz and bakery. Mata ku lebam dan sembap.Mereka semua sudah tahu akan kecurangan reza yang aku sayang.

"Kenapa kau tak bagitau aku lisa?"
"Aku .. aku minta maaf.Aku takut kau menangis.Tengok kau sekarang... Macam mana aku ada keberanian nak bagitahu kau?".Aku menguis-nguis ais-krim lemon di dalam mangkuk.

"Ika , aku harap kau sabar".Umie menepuk-nepuk perlahan bahu aku. Aku senyap dan senyap.Dapat aku rasakan denyutan di dahi ku. Huhh penat aku menangis semalaman hanya kerana Ezroy Reza. Aku cintakan ezroy reza tapi dia ?.Myrafy yang duduk bertentangan menyentuh lembut tangan ku."Ika,aku bukan nak besarkan lagi masalah ni.Tapi aku kene terus terang. Karina tu boleh diiktiraf playgirl. Aku takut sangat bila kau bawa reza beraya dekat rumah aku masa tu . Kebetulan Karina ada dekat situ.Karina pulak macam berminat nak dekati reza"."Tapi reza tak layan perempuan lain selain aku".Aku mengelap air mata dengan hujung baju". Apa yang aku tahu,reza memang tak layan pada mulanya tapi karina desak dan desak sehingga reza pun jatuh ke tangan dia".Icha pula memberi pendapat "aku rasa kau kene jumpa diaorang face to face".Ila dan lisa mengiyakan cadangan bernas dari Icha.


♥♥♥♥♥

 Aku menghantar sms kepada karina yang belum lagi sampai di sebuah taman yang terdapat tasik yang cantik. Hanya aku dan Reza yang berada di taman itu.Kami duduk di sebuah kerusi panjang .

"Tak pernah-pernah your mom izinkan dating dekat tempat lain?" reza senyum kepada aku.Aku senyum hambar."You tak suka ke?"."Eh mestilah i suka.HAHA.love u".Aku tidak menyahut.Tidak lama kemudian , Karina tiba dengan baju kurung merah di badan.Aku tersenyum kelat kepada karina yang berdiri tegak di sisi aku.Lalu aku bangun dan menarik perlahan tangan karina kemudian aku dudukkan dia dekat dengan Ezroy Reza.Reza terkejut dan bangkit manakala karina menundukkan kepala. Aku menarik nafas sedalam dalamnya "Dah berapa lama korang bercinta?Reza..... kau tak bagitau aku pun?".Aku memeluk tubuh."Apa yang baby cakap ni?".Aku senyum sinis."Masih nak tipu aku ke Reza?".Reza menelan air liur manakala karina berlagak tenang."Baby...".Reza mendekati aku dan menyentuh tangan aku."Dont touch me"."Baby dengar dulu .. i nak explain"."Ok , explain lah".
Reza memandang karina yang diam seribu bahasa lalu menarik nafas sedalam yang mungkin."Biy,tak ada apa-apa hubungan dengan karina.Kami macam sibling je".Aku menjongketkan kening."Oh really?Karina cakap dekat aku lain.Kau pulak lain". Jantung reza berdegup kencang."Apa yang ... yang kau cakap kat ika huh karina?"Reza memandang wajah karina yang menunduk.Aku menjauhi mereka dan mendekati tasik.
Aku hirup udara yang segar.Masih terngiang-ngiang kata-kata karina kepada aku malam tadi "saya dengan abang reza dah 2 bulan bercinta.Saya sayang dia dan dia sayang saya.Saya tahu dia bercinta dengan kak ika tapi ... saya pun sayang dia.Kita sama-sama perempuan.Mesti kak ika tahu perasaan cintakan kekasih macam mana kan?"."Karina tak fikir pulak perasaan akak ? akak dah setahun tau dengan dia".Karina melutut di depan aku bersaksikan Ila dan myrafy."Kak ika tolong lah putus dengan abang reza.Saya sayang abang.Lagipun abang dah tawar hati dengan kak ika.Dia dah tak bahagia dengan kak ika".Aku terdiam. "Reza cakap macam tu?Memang bangang!!" ila mencelah.Keadaan sunyi serta merta."lelaki tak guna hanya untuk perempuan tak guna.Kau ambil lah dia".
Lamunan aku terhenti apabila kedua-dua belah tangan ku berada di dalam genggaman Ezroy Reza. Muka nya sayu namun sikit pun aku tidak endah. Aku sudah tawar hati. "Baby..., biy biy nak mintak maaf.Biy tahu biy salah.Biy curang.Im sorry sayang".Air mata ku mengalir laju di pipi.Pantas reza menyeka air mata ku dengan jarinya.Dia membelai pipi ku dengan penuh kasih.Ya...Allah derita nya aku apabila dia mengambil berat. "Tak payah lah kau nak belai-belai aku.Perangai kau macam taik!".Aku menolak perlahan tangan nya.Sayu saja suara aku."Baby.............".Syahdu.

"Kenapa kau tawar hati dengan aku ? kau tak bahagia dengan aku ke reza?"."No no . dont say that" reza mengunci mulut ku dengan jari telunjuk namun aku tempis. "Biy tak pernah tawar hati dengan baby.Bie bahagia bersama baby"."Habis tu karina bohong?".Keadaan sunyi.Aku mendengus perlahan. "Oh i get it reza. I get it. Itu cuma alasan kau untuk rapat dengan karina?Kau cakap kau tawar hati dengan aku. Get it".Aku mahu melangkah pergi namun di tahan reza."Im sorry baby.I love u and still".Aku terdiam.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. "Aku dah tak bahagia dengan kau". Aku terus melangkah pergi.Sayup sayup kedengaran suara reza yang memanggil aku.Namun aku hanya memekakkan telinga.

Di dalam tandas awam aku mengeluarkan sony x peria ku.Aku mula menaip "dear Ezroy reza yang saya pernah cintai , tq sebab pernah hadir dalam hidup saya.Saya mengaku awak salah seorang yang mewarnai hidup saya.Saya sangat berharap kita akan kekal tapi saya tahu itu mustahil.Sudah terang lagi bersuluh kita .. kita memang tiada jodoh.Saya harap awak bahagia bersama karina.:'(.Izinkan saya lupakan awak meski saya tahu ia sukar.Mulai hari ini ........ saya dan awak tiada apa-apa hubungan lagi dan saya juga tak berharap kita berkawan. Now , kita memang tak kenal antara satu sama lain. Sadlife for me.Tq sebab pernah izinkan saya untuk mencintai awak DAHULU.U are my memories".Punat hantar aku tekan.


♥♥♥♥♥

Sudah 4 bulan aku menjadi senior di SMK Seri Pinang . Sejak kejadian itu , aku tidak lagi menemui Ezroy Reza.Dia hanya lah memori aku.Cerita dari khabar angin tentang Ezroy Reza dan karina sering aku dengar.Katanya , mereka sudah putus selepas kejadian antara kami bertiga.Huhh bukan masalah aku.Banyak kali juga reza menghantar sms maaf.Tidak cukup dengan itu , dia sanggup datang ke rumah aku.Huh namun sia-sia sahaja.Aku keras hati dan tidak mahu berjumpa dia.Aku duduk di meja belajar ku yang dipenuhi dengan icon comel hello kitty , reben dan lolipop.Sehelai kertas aku tarik dari timbunan kertas yang lain.Aku membuka laci meja dan mencapai pensil warna dan pen warna-warni.Warna merah aku capai dan menulis sesuatu di atas kertas.Aku cantikkan lagi dengan doodle-doodle corak hati yang sudah terbelah-dua.Usai 'menyolek' kertas itu aku pin kan di soft board.


Ika sulaika - Ezroy Reza [ Dia yang kau pilih ]
setiap baris kata-kata yang ku baca bagaikan jalan hidup ku
Tiada lurus semua seolah ku hampa haruslah aku sesali
Bagai kisah kita yang surut selalu bilakan berakhir
Biarkan aku berundur jika itu yang telah pun tertulis
Jalanku tak panjang bersama dirimu
Jadikan dia terbaik kerana itu yang telah ku pilih
Biarkan diri ku membawa semua luka
Setiap kata kau ucap semua dusta pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata haruskah aku menanti
Kini kan berakhir ku tak kan berpaling relakan segala
Biarkan aku berundur jika itu yang telah pun tertulis
Jalanku tak panjang bersama dirimu
Jadikan dia terbaik kerana itu yang telah ku pilih
Biarkan diri ku membawa semua luka


~ Tamat ~


Carpen di atas hanya rekaan semata-mata oleh penulis blog ini .Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.Sebarang kesilapan atau kesalahan mohon ampun dan maaf.Saya hanya lah budak sekolah yang tak matang =.=" . Semua yang di sebut di dalam DIA YANG KAU PILIH adalah wujud * ampun pada yang geli aku jadi karakter pertama yang konon nyaaaa ada boyprengggg ! Sweet couple ! Ini semua hak tuihhhh...* kecuali ezroy reza , karina dan Nazmi ♥ Dan ampun pada pengunaan bahasa yang salah . yuck !


Sumber : Youtube carian Shahir [dia yang kau pilih].
Sumber : Blog Liliyana Mardiana [memories]

0 comments on "Carpen : Dia yang kau pilih"

Post a Comment

 

IKA SULAIKA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal