Pages

Friday, September 27, 2013

Antara Pencuci Safi balqis perfect 10 vs Safi Natural

Posted by ika sulaika at 11:04 PM 4 comments

Baca dulu persoalan di bawah ini ...

  • Kenapa kulit menjadi gelap dan tidak bermaya?
    • Kulit wajah yang sering terdedah kepada persekitaran seperti matahari, pencemaran, habuk dan tekanan boleh menyebabkan kulit kusam, menjadi gelap, kering, tidak serata dan tidak bermaya.
  • Apakah punca tona kulit tidak sekata?
    • Sinaran UV, jumlah melanin akibat pigmentasi di dalam kulit, makanan yang diambil dan bekas jerawat boleh menyebabkan tona kulit tidak sekata. Penggunaaan produk yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kulit tidak berseri.
    • Apakah perbezaan antara Krim Siang dan Krim Malam?
      Kebanyakan Krim Siang mengandungi Perlindungan UV untuk melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB yang sememangnya tidak diperlukan ketika di kawasan gelap. Krim malam pula bertujuan untuk memperbaiki dan melembapkan kulit, juga berfungsi merawat sel-sel kulit wajah ketika ia sedang berehat.

    ***
Safi balqis perfect 10 sangat popular dalam kalangan remaja dan kawan2 aku. Mungkin sebab perfect 10 kod. Dah lah perfect , 10 lagi tuh ! Aku pun terpengaruh dengan term 'perfect 10' wink wink. Pernah sekali tuh , aku cakap dengan kawan2 yang aku pakai "safi natural manggis" and they were like "HAHAHA" *maybe diaorang fikir aku pakai yang so-so je. Woah geram je -,-" *

"Safi Manggis paling latest ok. Jangan tak tau~"

Disebabkan aku pernah pakai pencuci Safi balqis perfect 10 selama 3 tahun setengah dan pencuci safi natural manggis selama lebih 3 bulan ... so here, aku nak bagi pendapat aku tentang both product. What they work on my face. And which one i most like !

http://safi.com.my/images/products/balqis/cleanser-normal-thumb.png http://safi.com.my/images/products/natural/safi-manggis.png

Kulit aku tak banyak problem. tak ade titik hitam or , jerawat , jeragat. Cuma , pori2 agak terbukak. Bahagian hidung dan tepi hidung tak flawless. Oily . Gelap. Dan bila tiba petang , kulit nampak kusam dan kering. So ape yang Pencuci Safi balqis perfect 10 vs Safi Natural Manggis buat pada kulit aku ?

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/1231405_523829897694002_1065460943_n.jpg


Safi Balqis

Rangkaian penjagaan kulit wajah SAFI BALQIS Perfect 10 dengan Formulasi Nano BioWhite & Q10 bukan hanya mencerahkan kulit, namun ianya membuatkan kulit anda halus, mulus serta cerah sempurna melalui 10 Tindakan Lengkap dalam hanya 2 minggu.

  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari sinar UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Meningkatkan keelastikan kulit
  • Menghidratkan kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Menghaluskan kulit
  • Melembutkan kulit

 
 Teknologi Nano yang 1000x lebih kecil berbanding saiz mikro, menyerap lebih pantas dan mendalam dengan berkesan melalui:

Nano Bio-White
  • Memperlahankan pembentukan melanin di samping mengurangkan kesan pigmentasi untuk mencerahkan kulit secara efektif. Ia juga menyamaratakan tona kulit sambil mengekalkan kelembapannya.
Pelindung UV
  • Melindungi kulit dari radikal bebas serta pancaran UV yang memudaratkan.
Nano Q10
  • Nano Q10 membantu meningkatkan keelastikan kulit serta memperbaharui sel-sel yang menghasilkan kolagen untuk kulit yang lebih mulus.

Pengalaman aku guna Safi Balqis

Aku start guna dari Akhir darjah 6 ataupon awal tingkatan 1. Hehe entah dah lupa. Dulu, kulit aku memang gelap gelita gempita.Lepastu , memang comot momot. I mean , well budak. Bila kulit berpeluh kesat dekat baju je. Lepastu muka pon oily giler sebab ada sukan dekat sekolah lah , hapelah.Dulu, aku pergi sekolah naik basikal je sebab rumah dekat. Bila pagi memang nyaman ditiup bayu katekoo. Tapi, masuk je tengahari ... memang merenjis lah kulit aku.Dah lah kurang pokok. Tak dapek kulit i nak bermanja. Berbasikal di bawah bara matahari. Tidak lain tidak bukan , kulit aku yang gempita menjadi lebih gempita.

Nak tahu, tahap gempita aku ni berbelas tau kalau diukur dengan pembaris warna kulit Asia. Serious talk. Jadinya aku sangat sensitif bila mana aku dibezakan dengan 2 orang adek aku yang lepak-lepak.I is so touching.One day di saat aku darjah 5 , seorang member aku ajak teman pergi kedai.Katanya nak beli SAFI *zaman nih safi balqis perfect 10 belum lahir*.Dari situ , aku pon berazam nak jadi lepak-lepak macam dia. Hingga lah suatu hari , saat kelahiran safi balqis perfect 10 diwarwarkan siaran kotak kaca .. aku pon menjadi salah seorang pengguna dia selepas guna produk jenama lain.


Sepanjang 3 tahun setengah aku guna , aku dapati kulit lebih cerah , bersih dan mulus. I is sangat gumbira bila ada effect dekat sekeliling. Ramai yang menyedari kulit semakin bersih dan cerah.Kebahagiaan paling dalm hokey bila cerah walaupon tak lepak. Nampak ke tidak koo ni , aku begitu gembira sebab benda yang paling aku benci beransur pergi.


Safi Natural Sari susu Manggis 

Manggis dinobatkan sebagai "Ratu" atas dasar beliau mempunyai banyak kebaikan dalam kecantikan. kuasa 40 kali ganda anti-oksida (Xanthone) yang tak dapat disangkal lagi. kuasa tersebut adalah jauh jauh jauhhhhh lagi bagus dari Vitamic C dan E.

Tiada yang sebaik sentuhan semula jadi. Memahami keistimewaan ini, SAFI tampil dengan rangkaian produk penjagaan wajah yang berasaskan bahan semula jadi menggabungkan kebaikan sari Mentimun, Zaitun, Pokok Lidah Buaya dan Gamat untuk memenuhi setiap keperluan kulit agar sentiasa tampil segar, bersih, halus, bebas jerawat dan berseri.
  •  bertindak membersih tanpa mengeringkan kulit wajah biarpun digunakan beberapa kali sehari.
  • Kaya dengan antioksida dan nutrien.
  • Penggunaan berterusan juga membantu mempercepatkan pencerahan kulit.
  • Kulit lebih halus, berseri dan bertambah cerah secara semula jadi.

Pengalaman aku guna Safi Natural Sari Susu Manggis

Aku kenal pencuci ni bila tersangkut dengan entry ini KLIK SINI . Kebetulan, pencuci muka perfect 10 aku dah habis. Jadi dah alang-alang habis tuh , why not aku cuba yang manggis pulak. Kau tau, kalau untuk manjakan diri ni.. aku suka sangat dengan unsur susu dan buah.Pada aku 2 bende alah ni memang best tahap maksima! Jadi aku pon beli dan pakai.


Memang betul kata-kata Safi Natural Sari Susu Manggis nih. Dia buat kulit aku sangat halus , licin , cerah , lembap dan berseri *berseri ke koo XD*. Lagipun bau dia sangat wangi. Korang kene faham, aku sebagai manusia yang selalu dibezakan dengan ila & iza , memang akan happy giler bila kulit dah tak segempita dulu.Sangat lembap. Kau tahu, aku sentuh pipi baby lepastu aku sentuh pipi aku haha. Walaupon , dah terang2 kulit baby lagi licin at least kulit aku tak sekasar mana. Sekarang ni , dah nak masuk 2 kali pencuci muka SM habis. Dan lepas ni , aku akan beli lagi !


***

Kulit kita lain-lain ye adik2. Tak semestinya produk A sesuai dengan kau , sesuai jugak dengan orang lain. Ini hanya pengalaman aku. Jadi, aku lebih suka Safi Natural Manggis disebabkan ada susu dan buah. Fyi , aku spesis manusia yang tak telan buah sangat. Tapi , sejak pakai SNM... terus jadi pemakan manggis ok ! hahaha ....


Credit :

- http://safi.com.my/
- http://kupukupukecik.blogspot.com/2013/05/ratu-segala-buah-dan-khasiat.html





Sunday, September 22, 2013

Obuse candy lip tint Pelembap bibir bewarna

Posted by ika sulaika at 2:20 AM 0 comments


Remaja yang sangat adik-adik mesti akan pakai lip balm or gincu yang bewarna pastel rite? Aku tau korang baru nak up , baru nak cuba macam hakak-hakak engko buat sebab kekka kau ni pon sama je dulu. Kalau hang out tanpa bibir bewarna , mesti engko rasa nak tumbuk dinding je disebabkan tak ada seri katekoo XD. Ada a few person yang rimas bila pakai lip balm or gincu or lip gloss.Katenye tak selesa.Bibir rasa tebal.Rimas

Mungkin sebab texture dia kod.Korang pernah tak alami perasaan nak sangat pakai gincu tapi korang tak suka dengan jenis gincu tuh. Tiba-tiba je rasa bibir engko berat. Tiba-tiba je rasa tebal.Lepastu bau dia~~ buat kau pening. Arrr tu aku sebenarnya. Aku tak suka bila dapat tau bibir aku ada something. Oh ... boleh tak hasilkan gincu yang bewarna tapi tak rasa macam pakai ape-ape.Ada ke tidok?

Let say , ADA !! apa engko nak cakap? hehe memang ada ! 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEfSC3_HIbGJ97ul7NMu35rDxe-jPiiHihDb_aPUjgySficnqnZIeKVeu7gcJW3UDvM9y7jGgkxFwwFFvBi3Z1o-5wldyvzK6gi2HNlfGhrXpIdUKN3WQwmWOorqsni6b7KSXN7LjS3dg/s1600/tintob.jpg

Ini lah dia obuse candy lip tint yang aku gebang-gebangkan. Nombor 2 adalah aku punya :)

Apa kelebihan para obuse di atas ?

- mempunyai 12 warna menarik.
- boleh digunakan sebagai pemerah pipi juga.
- tidak membuatkan bibir kering.
- mengandungi vitamin E.
- bau wangi susu dan buah-buahan.
- warna kekal sepanjang hari.
- tidak seperti lip gloss,lip tint tidak membuatkan bibir anda tebal dan melekit.
- jangan risau dengan warna didalam botol kerana lip tint ini sebenarnya menjadikan bibir
kelihatan semulajadi.
- lip tint dari jenis cecair ini mengandungi jojoba seed oil.
- cepat menyerap,bagus untuk proses pembaharuan kelembapan kulit dan menegangkan.

Pengalaman aku guna :

- bau buah <3
- tak rasa macam pakai apa-apa tapi tengah pakai *curious tak?*
- botol dia sangat comel dan sukar nak pecah
- Ada berus sendiri
 
- Boleh pakai kat pipi
https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q71/s320x320/1012499_523826941027631_699047583_n.jpg 
*boleh nampak tak bahagian pipi? Dia tak macam blusher serbuk tu*
- Tahan lama
- melembapkan bibir aku
- Tak melekit

Dekat mana boleh beli ?

Dekat blog shop atau mana-mana mall. AKu beli dekat IOI kulai je. Make sure , korang tanya penjual tuh , warna apa yang sesuai dengan kulit engko.

Harga ?

meskipun kecil tapi harganya RM 10 seketul

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkP4FSSzG5kq8GKH3KvR64T8NmRYvikIu55IdXw42gZaHhe9-lLtg0C_szL_Ea_x424asmU_nQpto5zdV-IA0MFxGSd6d7Pz7SWwqw6TXQjkmaMYQPm2XHNDLUJEhSlLoXLddvJ3p-Wb3z/s1600/candy+2.jpeg

Dan peminat korea .. disini aku nak bagi a good news untuk korang. Look at below ...

http://kosmetik.gamislovers.com/wp-content/uploads/2012/09/Odbo-Lip-Tint-How-To1.jpg

Artis korea pun pakai uall !!! sebab apa ? sebab Obuse candy lip tint ni dari korea !!!

Tuesday, September 17, 2013

#1

Posted by ika sulaika at 5:51 PM 0 comments



Kulit terasa enak mengkambuskan diri di dalam lautan bulu-bulu halus
Serasa cocok tatkala menguling tubuh Disamping angin kecil minta di peluk
Datangnya mentari menghangat suasana
Tiada lagi bayu tiada lagi bulu-bulu
Seharusnya bangkit memulakan hari Yang entahkan terik entahkan mendung
Menapak kaki ke bilik mandi Dan mengeluh meleweng-leweng
Harapku , malam ini masih bisa bersama bulu-bulu biru

Aku mahu tidur Aku kengantukkan
Aku masih mahu mimpi yang mngarut karut marut turut surut lurut purut jurut 
mengeluh meleweng-leweng Celik mata Tatap cermin
Selamat tempoh hari beraneka dimensi


"Bangunlah kak. 6.40 ke baru nak bangun"
"5 minit lagi akak bangunlah~"

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/1239584_505849706171217_1233684114_n.jpg

Apenih :o

Sunday, September 15, 2013

Michelle phan

Posted by ika sulaika at 9:16 PM 0 comments


Siapakah .....


http://distilleryimage6.s3.amazonaws.com/3dc5b79c1cca11e39e7f22000aa821b6_6.jpg


Perempuan ni ada banyak jenis. Ada yang materialistik , ada yang gila timba ilmu , ada yang suka fesyen , makeup , lasak , cooking , design , poyo , skema , kampung girl dan memang banyak lagi! Majoriti perempuan memang suka pada cantik.

Cantik memang senang nak ungkap. Memang senang taip *macam aku ni*. Dan ~ Memang senang sangat lelaki nak nyampah , well kalau engkau tu jenis beriaOver. k. Cantik pon banyak skop dia. 

Berkenaan dengan Michelle Phan ni..... kalau ada yang masih tak kenal dia please stay infront your lappy/phone , shut up and read. k.

Apa yang aku tahu , dia ni seorang mekap artis yang berasal dari Amerika. Dan sekarang ini seorang bissnes girl. Dia usahawan dalam barang-barang mekap ciptaan dia sendiri yang diberi nama EM PRODUCT . Dia merantau dekat banyak negara untuk dapatkah ilham. Dari situ terhasil lah ... EM PRODUCT :) Secara ringkasnya , dia ni Beauty and Fashoin lover.

Em Michelle Phan - BODY1.png

macam pakai baju depan belakang je HAHAHAHA k diam
 Kisah hidup dia , boleh di katakan sadis tapi that not the point. Masa zaman 2007 , dia dah berjinak-jinak upload video tentang beauty dekat youtube. Kemudian , lancome USA bekerjasama dengan michelle untuk beberapa video dan kini dah ada EM PRODUCT

"Draw her life" can tell u everything so, check it out here because all the story in this video :



Video apa yang dia selalu upload ? 

Ada banyak! Yang pertama ofcourse lah makeup kan. Selain itu fashoin , kuku , confident. Senang cerita , tujuan dia untuk mengajak dan mengajar wanita yang low confident kat luar sana untuk menjadi macam perempuan lain. Wah sweet nya dia kan. Ada jugak dia upload short movie dan pastinya memang best lah kan. Rasa nak sepak2 je. Arghh. k dah. 

Dekat mana korang boleh contact dia ?


Banyak tips dia yang korang boleh apply. Aku rasa kita boleh ambik satu side positive dia and put in your life. Why i love her ? Emm , first sebab aku pon beauty and fashion lover ! Ofcourse lah kan. Second sebab video dia memang orang profesional buat. I mean bukan rakam sendiri. Dia edit-edit and her prob memang kene with her makeup.And lastly , sebab dia popular HAHAHAHAHA *gelak bapak setan*


Friday, September 13, 2013

Photoshoot | perempuan jahat dalam Alice in Wonderland

Posted by ika sulaika at 3:21 PM 2 comments



Perempuan jahat tuh mungkin ratu wonderland. Entah. Dah tak ingat. Kalau u guys pernah jumpa my old entry dekat blog aku dulu .. u will know that i love selca macam model majalah <3 Tapi... saja2 lah. Aku pendek , kau tau? Actually malu nak publish sebab muka serious ngeri. i pon tertakut-takut XD. So here ....

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/q71/s320x320/543929_523827724360886_1460807227_n.jpg

Theme : pompuan jahat dlm Alice in wonderland
Fashion : inspiration from dian pelangi
Makeup : inspiration karakter pompuan jahat tuhh...
MUA : Aku


https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/q71/s320x320/1175041_523827514360907_1057433334_n.jpg

Sorok mekap dulu hehehe XD

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/q77/s320x320/1235487_523828161027509_1954356926_n.jpg

mu nampak bibir kita. Wahaa ajet pakai em product pulok -_-"

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/p480x480/1175368_522041844539474_608544059_n.jpg

my sister's favourite photo !

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/q71/s320x320/1229925_523826841027641_1228484949_n.jpg

amati lah my makeup yang banyak merah tuh :P

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q71/s320x320/1012499_523826941027631_699047583_n.jpg

My fovourite photo. Yeah !!!


So , ada satu lagi gambar yang ... yang ... agak ngeri. Dah lah muka ngeri , edit pon ngeri. Hasilnya memang mengerikan. Arghh malunya nya nak share tapi .. kalau tak share macam cover cantik. So jangan tanjat-tanjat. Jangan takut-takut k. Bismillah dulu ~

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dum dum dum
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dang dang dang 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

KEJUTAN !!!!!!
.
.
.

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/q71/s320x320/1175473_523827627694229_1875149683_n.jpg

macam mamia hidupkan ? =,=

Saturday, September 7, 2013

Mengurus

Posted by ika sulaika at 5:42 PM 0 comments


https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/1236273_516117825131876_1701897831_n.jpg

Dah akhir tahun ni , memang agak sibuk. Nak siapkan itu nak siapkan ini. Now , aku dengan geng yang comel tengah bertungkus lumus siapkan majalah sekolah. Hari ni pon , baru je habis kursus pengawas lepastu terus sambung Kira duit gambar kelas budak2 Seri Pinang. Woah beratus ! Ingatkan nak kerja akhir tahun ni tapi ... mungkin akan terganggu sikit memandangkan aku kene datang sekolah December ni. Well , tahun depan nak lancarkan Frog VLE. Aku assistant tau ! Awal bulan oktober dah nak periksa. Tapi kerja kursus Akaun baru nak buat . Toyai ? 

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/p480x480/1234057_290128407796051_33222403_n.jpg

Aku seakan bosan dengan kerja kewartawanan. Pengejar. Pengejar cerita ! huhhh~ Tapi aku tak tolak kalau cikgu bagi lagi job cengini. Untuk jadikan cita2 no way!



Kain pon tak lipat lagi. Sapu rumah belom. Kemas bilik belum.Buang sampah pon belom.Study Akaun rumah umie terpaksa cancel. Woah sibuk sangat lettew.Padahal sibuk main internet.Memang nak kene campak netbook ni. Aku suka life aku sekarang. Sibuk sibuk sibuk. Tak tak aku tak merungut ataupon perli. Aku jujur , aku suka sibuk2 ke sana ke sini. Otherwise , aku akan main internet berjam2. Kau pikir seronok main internet. Boring wei! Tak ada life.

From facebook aku : 

Myra Fiqah ni seyes aq cakap dia tak hipokrit,tak plastik,be herself. Aq adore dengan dia
Tapi aku diperbuat dari tanah bercampur plastik sikit. Jadi aku agak hipokrit,plastik dan agak control habit.Tapi sedawa tetap err..tetap!

Classmateboy : pehh tak prnh aq jmpe pompun sedawa kuat mcm nih.
makcik : kus semangat
ila : kau nih betina ke jantan


Eh , kak sepet dah khawin. Dah hagak dah. Ok kak sepet Congratulation yaa~

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6SId5JIbQY5JFCNt6w257PWXtewRBo_CJ7nBt3Q3uwGf0rj5ThsuneLa3sBlAc4WH793znpd9aCtpP17hTSxRVrunbQ030c45trOya2Vl2m8yJC8jWWijoPoVGTZ44H-ealJfzCKptC48/s640/64439_624475940917483_1805375321_n.jpg

 

IKA SULAIKA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal