Pages

Friday, November 15, 2013

My sayang monyet pertama

Posted by ika sulaika at 10:06 PM

Kalau tak suka baca cerita monyet aku sila pangkah laman ini. Jangan kutuk pakai bibir atau hati. Ini koleksi diary aku. get it ?

***********************

Prinsip aku cinta hanya untuk suami sebab suami itu special <3 Jadi kalau boyfriend mungkin term sayang lebih tepat. Tapi kenapa sayang monyet? sebab budak sekolah macam aku kan macam monyet :3 ini lah kisah sayang monyet pertama aku.



 Kisah sayang monyet pertama aku

Permulaan perkenalan aku dengan F bermula lepas aku baru tamat PMR  tahun lepas. Semua ini F yang mula dulu. Pada awalnya memang aku tak kenal langsung siapa F. Dan paling tepat aku tak pandang mana-mana lelaki sebab aku tengah haruk dengan seorang Q yang hensome giler. Tapi yang sedihnya Q langsung tak pandang aku. Pff rasa kekejamannya ;(  Dalam keadaan aku mengusha Q secara senyap rupanya ade seseorang jugak yang mengendap aku. CEh sepak kang! OH lupa nak cakap. F dengan Q tuh tua setahun dari aku :3

F minta tolong classmate dia yang merupakan jiran aku. W ni  pon sampaikan lah dekat aku. KOnonya nak minta nombor telefon. Dalam hati 'memang tak arr nak balas.Malas betul'. Tapi aku bagi jugak nombor aku tuh. ANd the next day , F text aku dan aku balas sikit.Sikit sangat. Aku malas nak layan F sebab aku tak kenal dia dan aku malas nak berkenalan. And the next next next day , dia text aku lagi. Dan aku langsung tak balas sebab malas. Hahaha aku memang macam ni k.

F fikir aku tak ada topup jadi dia belanja aku topup dan aku pon terkejut. Bila tanya W rupanya F masukkan topup dalam phone aku! Ahhh F ni memaksa aku ke hape?! Jadi aku kumpulkan duit aku yang tak seberapa banyak tuh dan pulangkan duit topup F melalui W. AKu memang tak suka orang topupkan aku kalau orang tu ada niat nak ngorat.gitu~ Jadi start dari situ, F dah jarang nak text aku. MUngkin dia tahu yang aku tak suka dia.Aku tak minat nak berkenalan.Jadi dia menyepi.

Dalam facebook pulak memang jarang giler nak chat dengan F. F hantar hari ni , 2 hari lagi baru balas. huhuhu. Bawah ni antara awal chat aku dengan F yang boleh dikelaskan tak mesra mungkin ?


Memang tak mesra langsung. Nampak sangat aku ni malas. hehehe. Tapi bila F dah nampak yang aku ni tak kuasa nak layan dia , F pon senyap je. Tak text aku , tak chat lagi. Semuanya tak lah. Chat yang tak mesra tu berlarutan sampai tahun 2013 dan kiteorang masih tak rapat. Dalam bulan mei tahun ini (mungkin) , aku dah start layan dia sikit-sikit. Tapi cuma dekat facebook sahaja. Sebab tahun ni aku tak pakai phone langsung sebab aku malas nak bazirkan kredit untuk borak kosong even dengan kawan sendiri. Lagi satu sebab , function phone aku cuma ambil gambar je. Sim card aku memang tak guna langsung. malas. Dan lagi satu , aku obses dengan internet especially blog dengan facebook. Jadi aku tak layan phone sangat.

Dalam bulan mei aku ada pergi satu kursus pengawas dan PRS dekat Savannah Hills. Dan F jugak pergi sebab dia PRS. Klau aku memang kene pergi.Dua-dua jawatan tuh aku pegang. Dekat Savannah aku masih tak rapat dengan F sebab belum rapat lagi hahahahaha *tak tahu nak bagi alasan ape* . Lagipun sepanjang kat situ aku duk perhati crush aku yang hensome tuh.Sapa lagi kalau bukan Q kan? Tapi rasa down giler lah sebab Q tak bagi respone dekat aku. Tahulah dia hensem. Eghhhh. Balik dari Savannah , aku dengan F dan boleh chat banyak-banyak sikit lah tapi masih kategori seciput.

Cover Photo

Makin hari makin rapat dan dia dah berani bersayang-sayang dengan aku. rindu lah. Apalah. Tapi waktu tuh hati aku ni tak rasa ape-pon. hahaha dasar hati batu.  Aku pulak tak boleh klau orang buat macam tuh. Nanti aku msti layan lepastu bagi harapan palsu.Ahh jahat! Waktu aku dengan F dah iktiraf kawan , F macam ajak aku cakap pasal hati ke hati. Pada aku benda ni dah parah. Eh tak boleh macam ni. AKu tak bagi harapan palsu macam aku bagi dekat boyfriend aku dulu. Jadi aku jujur dengan dia yang aku cuma anggap dia tuh kawan biasa. Tak lebih dari tuh. Dan dia ....... kecewa mungkin. Since dari tu , dia dah jarang online. Jarang sangat. Rasa dah lama giler tak chat.

Hari berganti hari , minggu berganti minggu. Masing2 sibuk dengan urusan masing2. Aku sibuk uruskan majalah sekolah. F pulak sibuk dengan study dia. F waktu tuh dah trial SPM dan aku sibuk ke hulu hilir dari kelas ke kelas. Bila dia dah habis trial , aku pulak yang exam. Dia pulak sibuk dengan kelas tambahan. Kira aku dah lama giler lah tak nampak F. Sampai aku sendiri pon dah lupa pasal F. Bukan F je , Q dengan member2 aq yg exam pon aku dah tak ingat. Bila dah lama giler tak nampak F dekat sekolah , untuk pertama kalinya aku nampak F. Tapi F nak kene sebat dengan cikgu disiplin sekolah. Kesian dia.

 Dalam tempoh"nampak tak nampak dekat sekolah" , aku ada jugak chat dengan dia tapi sikitttttttttt sangat. AKhirnya aku dah rasa yang kiteorang dah tak rapat. Tapi satu hari , pengawas dan PRS ada buat jamuan akhir tahun dekat IOI Mall Kulai. Dan aku pergi.Tapi aku tak tahu lah sama ada F pergi ke tak sebab aku tak nampak F. Yang aku nampak Q. Arghhh pehal lah asyik jumpe dia. (ceh! mentang2 Q tak layan aku tetiba nak nyampah tngok dia kan.Kau ape kes ika?). Rupa2nya , F pergi! Suap duduk sebelah meja aku lagi :3 Tapi masalahnya F duduk semeje dengan Q pfff. Tetiba terfikir nak pandang siapa. F ke Q. Hahahaha. Mestilah pandang F. Pandang Q buat ape :P

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/555567_313945845414307_2069280366_n.jpg

Kat situ , aku ade berlakon tau! Tapi seriously kelaut. Dah lah tak jadi.Nampak poyo pulak tuh~ Aku tahu mesti F dengan Q pandang aku.Hahaha podah.Memang lah pandang.AKu kat atas stage lah wei. After berhari2 lpas balik jamuan , F ada chat dengan aku. Dia kata dia rindu aku dan aku aku boleh balas yang aku pon rindukan dia? defuk. Bkan apa, aku takut kalau aku permainkan dia je.Masalhnya , pehal aku cakap macam tuh. Since dari tu , kiteorang rapat balik. Tapi aku dengan F tak couple tau sebab aku cakap aku tak suka couple waktu sekolah. Dan dia faham. Ni lah salah satu yang aku suka dekat dia. Faham bahasa, tak memaksa,selesa dengan dia,funny.

Lepastu kiteorang pon selalu lah chat. Padahal dia tuh bukan selalu on9 fb sangat. Mungkin F fikir tu je cre nak contact aku. Yelah , aku kan obses dengan internet. Dia topup setiap hari untuk on9? emmm.Lepastu makin selalu pulak bersayang berindu hahahaha. ApA-APA JELAH. Tepat tarikh 12/11/13 , aku couple dengan F. Padahal dulu kata tak nak couple waktu sekolah. Apa sudah jadi ? hek hek hek. So hari ni dah tiga hari couple dengan dia.. Macam korea drama tak kisah aku ni? ceh tetiba masuk korean. Kau pekes ika? Aku dah letak syarat tau dan aku rasa kelakar. Macam nak khawin pulak letak-letak syarat.

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/v/1422345_589019674498980_1076059491_n.jpg?oh=5b2c5d195e3315f4ba4c096b98669be1&oe=528849FC&__gda__=1384660072_6ec1d80ba6c5ca7ef30955d203939160

(Ayat aku yang atas tuh bukan ayat gedik errr. Tuh lagu yang ditranslate dalam bahasa pasar k)

1. Tak nak selalu date sebab aku tak suka date
2. AKu boleh kawan dengan sapa je yang aku nak
3. Permision segala hal bawah jagaan parent.  BuKAN DIA. Sebab aku anak orang kod. GEli tau tak , mintak izin dekat boypren.
4. Boypren buat cara boypren. Jangan buat cara suami. Maksud aku kongkong aku , tukar p/s fb , pegang2 tangan. No! Tak suka.

Syarat dia pulak dia tak kesah aku nak kawan dengan sapa tapi ingat yang aku ada dia. Ok deal. THen couple! hoorey~ Tapi ada beberapa orang tak setuju lah. Sebab aku ni masih sekolah. Tahun depan nak SPM pulak tuh. Ada jugak yang bandingkan aku dengan F. Yelah aku kelas pertama tapi dia tak. AKu tak salah kan diaorang kalau nak fikir macam tuh. SEbab diaorang cuma ambil berat je. And releks lah. AKu dengan F masing2 tahu yang kiteorang ni sayang monyet je. BUkan khawin. AKu banyak kali ingatkan dia yang kiteorang budak sekolah lagi. Mesti putus jugak. Tak boleh tak. SEbab tuh lumrah sayang monyet. Aku terima dia bukan sebab kesian ok. AKu pun tak jangka yang aku boleh sayang dia. Benda ni berperingkat. Dari tak layan ke kesian (jadi layan sikit2) ke selesa ke sayang. Dia nak "kawan" dengan aku pun ambik masa setahun. And aku pon tak terfikir aq boleh couple dengan dia. Mungkin aku jatuh sayang dengan perangai dia. Lagipun dia comel >.<
Tahun depan F dah habis sekolah. Mana tahu dia dah ada orang lain. Ataupon aku yang gatal cari orang lain. Walaupon aku muda , aku tak nak cara couple tu macam poyo2. Mama papa daddy mummy lah. Berjanji hidup sematilah. Macam dah laki bini. Ei gelinya aku. Suami itu special! Tak kan lah kau nak buat perkara2 macam tuh yang untuk suami kau sama dengan apa yang kau pernah buat dekat boyfreind kau. This is just my opinion. This i my way.
KIteorang masing2 tahu sayang monyet tak kekal lama. And im ready to face all that. CEh! OHHHH yeah sekarang ni aku dah tak berapa nak meng CRUSH kan sangat si Q tuh. Dan sepanjang aku dengan F ni rapat , ada komplikasi sikit lah. Aku tak bagi F heboh perkara ni sebab low profile lebih bagus. Dalam aku tengah  bersayang monyet dengan F , rupanya wujud lagi satu F dalam relay kiteorang. Tapi F2 tak salah. Sbab dia tak tahu yang aku awek orang. eh eh eh. F2 mintak tlong member2 dia untuk tackle aku. OK tuh bahasa kasarnyalah. Jadi apa2 perkara terbaru about F2 aku bagitau kat F.Mmber2 F2 tuh member2 F jugak. Jadi F kene lah berlakon macam dia tu bukan boyfren aku. Jadi apa2 yang jadi dia bagitau aku pulak.

Rasa nya sekarang ni F2 dengan F3 dah tahu yang aku couple dengan F1.Sebab F1 ni kadang2 cerita kat orang. Sabor jelah hahaha XD. Bnda macam gini bukan boleh simpan lama kan ;) OH ya , F3 tu tak ada lah nak tackle aku. Tapi nak rapat2 sikit tuh ada lah. Aku pernah bagitau F yang ada Dua F lagi yang suka kat aku (bahasa kasar) tapi aku tak bagitau siapa dan F pun tak tanya siapa. Now , F dah tahu pasal F2 tapi masih tak tahu siapa F3. Sila lah cari sendiri ye my putera.


Fadzrin Shah Bin Rohani

Satu hari nanti mesti kiteorang putus jugak. Yelah sayang monyet je kod. Tak bawak ke pelamin. Jadi aku kene rasional kan putera ;)

You have to let go of what you think is GOOD, in order to get something BETTER, because you'll never know what's BEST for you until it has arrived

 Let's be honest, berapa ramai yang ada cinta/sayang pertama pastu perasan yang it is the best thing in the world dan perasan yang omg inikah yang dinamakan jodoh, hati gembira rasa, takde satu yang hodoh. Pastu your next boyfriend gets better and better pastu your husband is the best ever.

 https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/p480x480/301979_460714610672198_2062306511_n.jpg







0 comments on "My sayang monyet pertama"

Post a Comment

 

IKA SULAIKA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal