Pages

Sunday, December 29, 2013

Mimpi ngeri

Posted by ika sulaika at 11:55 PM 0 comments

2 malam lepas dalam pukul 9.00 am , aku tersedar dari mimpi. Mimpi yang pada aku agak ngeri! seriau! ngilu! yuck! dan puih-liss lah! Tak sanggup mak nak bukak pekung kat jah-jah kesayangan semua. *lol guwa mana ada regular reader uwekk* Ok back to normal *menyampah pulak ngada-ngada*. Ok! Sambung balik. Dekat sini aku nak jujur lah ya. Aku cukup tak suka doktor gigi. Cukup-cukup tak suka. Sorry XD. Nak tau sebab apa? Meh mak habak kat jah. Dalam hidup aku , lebih kurang 7 kali gigi aku kena tampal. Ya! Mak tak tipu. 7 kali. Nak aku repeat? Tak perlu kod.

Ini semua salah aku! *aku rasalah*. Gigi aku banyak lubang dan limpahan gemerlapan yang tak bersinar sebab buruk! Ada empat tempat yang 'penuh'. Ya! Lawak. Lawak sangat. Ini semua disebabkan aku kuat makan jajan , atau , aku pemalas gosok gigi , atau , gigi aku lembik. Well semua ni kesilapan masa zaman budak-budak. Gigi aku rosak wuwuwu :'( Jadi dah tujuh tahun aku asyik kene tampal gigi. Kalau tampal macam tu je , mak tak kesah jah. Masalahnya , DR.Gigi tu korek korek korek kasik dalam. Tak cukup dengan tu , DR.Gigi tu hunus gigi aku pakai alat dia yang bising nak mamp. Dia tebuk2 gigi aku macam tupai tebuk kacang. Mana tak sedih?! Sakit tau. 7 tahun lagi! Mau tak aku fobia. huhhh.

Jadi dari situ aku tak suka DR.Gigi.Ohh come on pak doktor! Apa kau fikir bagus? Dah lah tampal tak kuat lepastu tampal lagi. Bila tanggal kau tampal lagi? Sakit wei! *dush! dush! dush! Tak kenang budi langsung*. Tapi kan , pernah sorang nurse ni cakap gigi aku memang jenis tak kuat. Waktu tuh kali keenam nak kene tampal kod. Well Puan Nurse , kau cakap gigi aku tak kuat kan? Maksud tersirat kau adalah gigi aku jadi macam gini BUKAN sebab kuat makan jajan atau pemalas gosok gigi kan. Tapi sebab gigi aku tak kuat kan. Jadi bukan salah aku lah kan? kan? KAN? good nurse! Nampak. Baikkan aku XD

 erk ?!

Jadi 2 hari lepas dalam pukul 9.00 am *anak dara seriously? 9??**Shut up sound!*
Aku telah bermimpi secara drastik yang tak ada permulaan sebab tetiba je dah klimaks , aku gerak gerakkan gigi aku. Macam kunyah tapi aku tak kunyah apa-apa. Apa sengaja buat macam tuh. And guess what?! I tell u ya , gigi aku mudah tercabut. Dalam bilangan yang banyak. Seriously , banyak! Aku boleh cakap , tinggal gigi depan dengan beberapa ketul gigi geraham je. Sakit doe! -_-  Ok actually tak sakit sangat. Rasa macam benda tu tanggal tapi tak sakit. Lepastu ada beberapa ketul gigi yang dah nak tercabut tapi liat sebab tersangkut dengan gusi sikit. DAN , aku pergi pusing gigi tu? Bayangkan betapa sakitnya. Ok yang pusing-pusing nih aku rasa sakit. Lepastu , aku tengok gigi geraham aku dekat cermin. What! gigi geraham yang ada hitam2 limpah ruah tu cuma ada gigi je? I mean , dekat tengah2 boleh nampak dengan jelas GUSI! woah gila seriau! Pastu aku pun terjaga sebab .... sebab .... errr ada tangan tepuk ganas vontot aku? heh!

Then malam yang lepas , aku sedang syok baca sebuah novel ni. And guess what jah kesayangan? Huhhhh ... heroin dalam novel tu mimpi gigi dia tercabut sebatang. Dan dia kata "Qis tak sedap hati lah papa. Qis kata macam ada benda buruk berlaku kat papa nanti. Huhh tak payah lah pergi jepun. Qis tak izikan papa pergi sana". Errr adakah maksud dia malapetaka?! God. Dah lah gigi aku tercabut banyak. Tapi , aku malas lah nak fikir. Aku cuma fikir mungkin Allah bagi warning sebab anak dara bangun lambat sangat lah tak macho. Perlis lah anak dara sekalian. Yeah. Insya-Allah tak ada apa-apa yang akan berlaku.

Aku decide nak tulis entry ni sebab aku teringat seorang arwah bernama Yasmin J hunwick. Kisah dimana dia mimpi ngeri dan dia sempat tulis dekat dalam blog dia. And guess what? 2 atau 3 bulan lepas tu dia meninggal. Innalillahhiwainnalillahhirojiunnn. Aku harap nasib aku tak sama macam dia. Dia tak sempat ambil spm pon. Kalau arwah masih hidup , mesti dia dah berumur 18 tahun. Memandangkan nak dekat new year dan aku tak update blog lebih 10 hari , jadi entry ini akan jadi entry terakhir untuk tahun ni. TERAKHIR! :) 


Nah aku sertakan mimpi Arwah Yasmin J hunwick [KLIK SINI]

Saturday, December 14, 2013

Background blog dari google

Posted by ika sulaika at 3:49 PM 0 comments


Nak masukkan gambar justin bieber , G dragon , kwon yuri , bear omey omey , gambar korang sendiri, gambar hello kitty,gambar bunga,pantai sebagai background blog ?
Tapi tak tahu macam mana?
Sebab korang selalu guna dekat glitter graphic je?
Oh papa!
OK jom lah aku tolong korang

 Cara-cara nya :

1.Dashboard > layout > add a gadget > HTML/Javascript
2.  Copy code dekat bawah ni dan paste pada ruangan html/javascript:-
<style>
body {
background-image: url('MINI IKA SULAIKA YAZID');
background-attachment: fixed;
background-repeat: repeat;
}
</style>
 3.Cari apa-apa gambar yang korang nak dekat GOOGLE
 contohya :-

http://makincuteblogs.com/shop/content2/7696/thumb2.jpg http://makincuteblogs.com/shop/content2/7701/thumb2.jpghttp://makincuteblogs.com/shop/content2/7699/thumb2.jpghttp://makincuteblogs.com/shop/content2/7698/thumb2.jpg 
( terpulang nak gambar apa)

4. click pada gambar yang korang nak.
5.Keluar satu page
6. right click pada gambar yang korang nak dan pilih view image
7. copy link dekat bahagian atas , contohnya :-

http://designbybittersweet.com/wp-content/uploads/2013/12/il_fullxfull.3441434981.jpg1-265x265.jpg

8.Paste dekat code atas tadi.Padam yang aku tulis MINI IKA SULAIKA YAZID dan ganti dengan copy link korang.
9.Save 

Senang je kan. Then korang pon boleh view blog korang. Selamat berjaya ;)
Untuk blog ini , aku guna background yang ini ;-

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2-hvPAr025S591LNd4l28NGt5Kwb4Q9NZsjU26LJfKeZH6lX9tGcZyPonbglPI6zdJd3nN3Ep-swK7x-nrgyTAFMlaN6A6o4EXDGq_9ZEeFsgwLdPySExtWpzPMui3wcA8m_y6I1PTMs/s320/LG_SpringForwardBlogBackground.jpg 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2-hvPAr025S591LNd4l28NGt5Kwb4Q9NZsjU26LJfKeZH6lX9tGcZyPonbglPI6zdJd3nN3Ep-swK7x-nrgyTAFMlaN6A6o4EXDGq_9ZEeFsgwLdPySExtWpzPMui3wcA8m_y6I1PTMs/s320/LG_SpringForwardBlogBackground.jpg 

Friday, December 13, 2013

Hangout with Girlfriends & about my boyfie

Posted by ika sulaika at 3:08 PM 5 comments

Hola diary! Dah lama tak mencoret dan mengkecah laman blog aku ni. Semakin lama semakin sunyi blog aku yang satu nih. Oh papa! But wait. Kenapa aku rasa geli geleman je nih. Hoyaa tiba2 nak berbahasa basi kan ;) Ok aku nak tanya something. Apa perasaan bila update tapi tak ramai yang baca atau respone. For me, kemungkinan apa yang aku taip tak menarik. Tapi tak apa.Asalkan ada jugak entry2 aku yang laku macam goreng pisang. Sealed with a kiss.....Bitten with a love. Ceh dah kenapa pulak kan. Ok yang ini nanti aku cerita kalau aku rasa nak lah hehe.

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/1455192_526162000812612_2026145908_n.jpg

Mukadimah dah tamat :D . Masa baru2 pasang internet , im too obses facebooking. Macam best je macam menarik je. Dolu-dolu aku selalu stalker facebook beberapa budak perempuan sekolah aku yang cun melecun. Rasa nak jadi macam diaorang je. Waktu tuh aku masih budak2 lagi jadi cepat terpengaruh. Walawei , banyak nya gambar senior2 hangout dekat mall. Aku pon teringin jugak tapi emm waktu tuh kecik lagi kan.

 Mak ayah tak berapa nak izinkan sangat. Parent kawan2 pon macam tuh. Tapi , bila dah form 4 ni kira dah besar jugak kan. Dah anak dara dah :'D. Terus my girlfrieds pakat dengan aku nak lepak dekat mall. Mula2 tu fikir jugak ish cukup ke duit.Duit yang ada pada aku ni untuk beli barang sekolah.Kalau pergi tahun depan lambat sangat.Lagipun nak spm lagi. :'( so aku decide pergi hari khamis masa tuh.Horee.Akhirya ada pengalaman hangout dengan girlfriends dengan masih pegang title budak sekolah. Baru lah best.Baru lah rare.Katanya budak nak up. Tak gitu akak-akak?

Kiteorang pergi naik bas je kod. Nak naik kereta siapa pulak nak pandu. Bangun pagi2 dah terpacak dekat bus stop dalam pkol 8 macam tuh. Rupanya bas nya sampai pkol 9.30.ADusss salah info lah sisto! hehe. Dah jadi penunggu bus stop sayong indah. Apodah. Tapi cenggitu baru rare hahaha. So gerak dalam 9.30 dan sampai pkol .... pkol ..... eh dah lupalah. Kiteorang hangout dekat Kluang mall dengan kluang parate je. Lagipon dua binatang ni dekat je kan. Sonang lah i. Kiteorang tu aku , myrafy , icha dan ain (adik icha).

Mula2 kitaorang pergi kluang parate je sebab kaki memang nak ke situ. Tak ada beli apa-apa pon kat sana. KIteorang belom kerja lagi lah :'(. Masa banyak habis jalan keliling je.Well aku dengan myrafy dah selalu buat macam ni kat sekolah.Jadi kaki sakit pon lali gitu hahaha. Benda yang boleh jadi perisa kat sana pon cuma tengok wayang. Cerita apa kitaorang tengok. Brrrr penanggal. Cerita nya tak best , tak seram , tak menarik. Semuannya tak. Lebih baik tegok cerita frozen tahu?

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/1476197_526162964145849_819986141_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/1451461_526163314145814_882106440_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/p480x480/1472791_526163624145783_74156390_n.jpg

Perasaan masa hangout ? Eksited. Mau tak eksitednye. Darah tengah muda. Peragai pon baru nak up. Baru rare!Siap cuci mata. Ohh tu wajib lah kalau masih remaja. Hola makcik2 , tak kan tak pernah buat kan?! Lepastu kitaorang makan dekat kfc sebab gila lapar. uhuk uhuk. Lepas makan terus pergi Kluang mall. Aku nasihatkan err , kalau korang bukan anak orang kaya tak payah shopping kat sana. Mahal wei. Beli sikit2 boleh lah. Tapi untuk kaki shopping yang tak berapa nak ada fulus boleh tawaf je. Dah tuh yang mampu -_-

Balik tuh memang lawak! Kitaorang dah keluar mall dari pkol 3.45 sebab bas amek pkol 4 lebih. Tapiiii sampai pkol 5 masih tak ada bas! Giler kan. AKu dengan icha asyik lah jalan dekat stesen. Setiap kali bas masuk , setiap kali tu jugak we all pergi check bas tuh. Dua minah lagi memang dah tak boleh gerak. Kaku kaki. Penat lah tuh. Lepas dah 10 kali bangun duduk bangun duduk akhirya kitaorang terdengar sorang uncle jerit "Kota tinggi kota tinggi".Aku dengan Icha pandang2. Terus pergi tanya uncle tuh. Rupa2nya dia sebut MELAKA. Giler terpesong. Uncle tuh kata bas nak pergi kota pukul 5.30. Nama bas tuh mayang sari.

Bila dah 5.30 , bas mayang sari dah pergi. Kitaorang tak perasan pulak bas tuh. Rasanya bermalam lah awek-awek aku. Brrr nasib baik ade sorang uncle sebut bandar tenggara bandar tenggara. Rupanya dia nak cari sapa2 yang nak pergi BT. Eh kitaorang lah tuh. AKhirnya dapat balik! Naik kereta sapu ok bukan bas. Lantak lah. Hoyaa! Pengajaran , next time kena bawak lelaki supaya awek2 tak susah cari bas (buli) , kene bawak orang2 yang dah biasa ulang alik BT-Kluang , Kalau boleh pergi naik kereta. Lebih aman!

***
11/12/13 tarikh yang semua budak2 baru nak up tunggu. Itu kan tarikh cantik. Sampaikan che tah pon terhegeh-hegeh nak grap tarikh tuh ini kan pulak budak2. lol. Pada tarikh tuh lah budak2 nak couple , buat relay. Tapi tak apa. Hak diaorang. Semalam (12/12/13) , aku lepak rumah lisa. Macam2 kitaorang kecah2. Then termasuk topik 11/12/13 tuh. Apa benda yang best berlaku kat tarikh tu dalam hidup kitaorang. Masing2 pon macam tak heran. Tak ada pape lah tuh. Tapi sorang awek aku mesti lah proud gila kan. Sebab tu tarikh dia couple. Wah dah couple. Pandai pulak tuh pilih tarikh. Kalau aku mungkin tak ada. Tapi untuk boyfie aku tersangat lah ada.

11/12/13 tuh dia eksident. Kesian tau dia sampai masuk hospital. Sampai kene operate lagi. Emm dia eksident malam. Dan esoknya (12/12/13) genap sebulan kitaorang couple. Tapi xde lah nak wish2 segala. Poyo pulak aku rasa. Buat sekadar ingat2 tuh ok lah. Dia ada sent gambar2 dia dan ofcourse aku tak kan share dekat sini. Awak , cepat sembuh k ;) May Allah bless you.

Monday, December 2, 2013

Game is better than Stress EP 2

Posted by ika sulaika at 1:38 PM 0 comments


Cuti kali ini boleh di kategorikan sebagai antara cuti yang membosankan. Giler tak bosan ?! Bangun , mandi , hadap fb , hadap blog , Tunggu chat fadzrin , basuh kain , sidai kain , lipat kain , sapu rumah , hadap fb lagi. Brrr takde life betul -,-. Aku ulang-ulang ulang xtvt yang sama berhari-hari. Kalau Fadzrin tau ni mesti dia nangis tengok awek dia tok'ado life. 

Tapi tapi nasib baik lah my member mengeluarkan isi-isi otak yang great. Tahniah Umairah. Because of you , atleast ade satu hari bagaikan syurga buat kawan-kawan engkau ni :'( *gembira tak terkata*. Dari isi otak yang diolah , tercetuslah idea Game is Better Than Stress as known as GIBTS. 

"GIBTS antara anak tiri running man yang diwakili ahli tetap , guest dan PD/MC"

Well since 2011 (form 2) , dalam kelas budak2 innocent macam kiteorang ni tetiba datang kupu-kupu kecil penyebar virus k-k-k-k-k-k-pop. Tak alih2 , virus tu tersebar cepat nak mampus dengan kelajuan 120 KM/sejam.Bayangkan. UNtuk GIBTS ni kitaorang ade buat group dekat FB untuk memudahkan member2 GIBTS berhubung.

So 2 minggu lepas adalah hari kedua GIBTS berlangsung. Do you wanna know what we do ? so let check it out below :

" Idea kumpulan GIBTS dicetuskan oleh umie umairah untuk semua rakan-rakan saya dimana kami ingin mencari ketenagan sebelum menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2014 "

Mula-mula tak ada guest sebab guest yang sepatutnya join tak dapat datang. Ada beberapa ahli GIBTS terpaksa keluar dan tak datang. Nasib baik lah masa aku dengan Umie on the way nak pergi rumah meot , boleh terserempak dengan 2 orang lelaki. Eh , hahaha. Member2 lama gua masa darjah 6 dengan Form 2 ni. Tetiba aku ajak diaorang join. Jadilah guest. Thanks Ajim and Soleh.
GIBTS EPISODE 2
Hari :Selasa
Tarikh : 19 November 2013
Tema : merah atau Pink
Misi : 'Skipping Race'
Tetamu mingguan : Hazzim dan Solih...
kumpulan : (azim,Meot,Icha,Umie) dan (solih,aku,jeyha,farhana)
MC/PD : Run Haifays
Pemenang mingguan :Kumpulan solih (yeahhh)
Game 1
'Lukisan 4 set'

Pemenang ---> kumpulan solih

Game yang ini macam episod satu. Dimana setiap kumpulan kene tentukan siapa pemain 1 sampai lah nombor 4. PD Piah akan bagi satu perkataan dan P1 Aku/Icha kene lukis sambil berdiri. Lepastu P2 farhana/meot dengan tok ketampi lepastu lukis balik ape yang P1 dah lukis. Lepastu P3 Ajim/soleh kene bangkit tubi sbelum lukis apa yang P2 lukis. And lastly P4 Jeha/umie kene teka apa yang P3 lukis. Dan kumpulan aku menang. Yeahhh !!!

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/1477384_262867863865694_1886091_n.jpg

Pemain satu group soleh kene tutup mulut pakai kain (ini aku) tapi group ajim kene tutup mulut pakai soletip :3

EP 2 
Game 2 
'Wisel?? macam x jer' 
masa diambil dan kumpulan solih menang lagi...

 Before tuh, PD Piah nak buat aktiviti mencabar sekejap. Dalam running man , member kene tarik name tag dekat belakang baju pihak lawan rite. So , Group soleh kene lawan dengan group AJim. Dan akhirnya group ajim menang. Hahahaha baru 2 guest tu tahu even fix member GIBTS ni perempuan tapi lasaknya Mak Aiiii!!

So, PD Piah pon akan mulakan game kedua dimana pemain 1: makan telur...pemain 2: makan asam...pemain 3 : makan choki-choki...pemain 4: makan aiskrim malaysia dan PD akan ambil masa. SElangi P1 tak habis makan telur , P2 tak boleh makan asam. BIla pemain dah habis makan makanan yang diberi , pemain kene buat tiupan wisel. Tapi seriouly tak reti langsung. Macam bunyi puting beliung hayan pon ade. hakhakhak.

Pemain 1 : Makan telur (aku/icha)
pemain 2: makan asam (jeyha/ajim) 
pemain 3 : makan choki-choki (soleh/meot) 
pemain 4: makan aiskrim malaysia (farhana/umie)

'What aku kene makan telur sebiji ? *pitam* '' macam tu lah reaksi aku. Dalam otak aku , kene makan cpat2 ni supaya member aku yang lain menang. Bila PD Piah kira 123 je , terus aku ketuk2 telur yang 3/4 rebus tuh kuat2. Lepastu pusing belakang terus masukkan 1 biji telur dalam mulut. Member GIBTS yang lain bantai gelak semahu-mahunya. Semuanya "ohh ohh ohhh ika.. Wooooo"

Ep 2
Game 3
' Baling selipar berganti-ganti'

--->baling selipar ---> susun semula ---> pusing gajah 10x --->lepaskan ikatan tawanan...

Pemenang -->kumpulan azim
Kiteorang kena tetapkan balik siapa nak jadi pemain 1 sampai nombor 4. Lepastu siapa yang nombor 1 akan diikat mata , tangan dan kaki.Hakhakhak.Sapa group yang paling cepat lepaskan ikatan tawanan akan dianggap pemenang.

P1 : Soleh/Meot (tawanan)

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/1459311_262869913865489_1656761111_n.jpg https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/1472894_262869900532157_108455047_n.jpg

P2 : Jeyha /Icha
P3 : Aku/ Umie
P3 : Farhana/Ajim

Serious serious lepas pusing gajah masing2 pening. Jalan pon terhuyung hayang. Masa dah habis pusing gajah , aku nak pergi kat soleh. Tapi memang melayang giler. Pandangan aku pon berputar-putar. Yang aku dengar , member2 jerit " ika kereta ika kereta". Aku pon pandang. Tapi aku cuma nampak lampu kereta je. Terus lari2 anak seberang jalan (tempat tawanan) dengan kepala pening macam pemabuk.Pastu duduk terus bukak ikatan kaki soleh. Soleh sound aku "pfff bukak lah tangan dulu. Nanti senang aku boleh bukak kaki sendiri". Aku balas "dah kaki kau yang aku nampak dulu" sambil mata terjuling-juling.

" lepas aku pusing , aku tengok ajim pon dah berpusing-pusing.hakhak pening"-jeyha
"mana mira(meot) aku , mana mira aku" -kata ajim dalam keadaan pening untuk bukak ikatan meot.
"Peninggggg~" *dengan teraba-raba graviti bumi* - farhana

EP 2
Game 4 --> penentuan pemenang yang sebenar

cari barang berdasarkan hint...
Pemenang dengan catatan masa terpantas --->kumpulan solih(3 minit)
Kumpulan azim -->apa yang korang buat??? apa cer 7 minit bagai??

Tahniah diucapkan
 
Pemain 1: skipping sebanyak 30x
pemain 1 dan 2 : skipping sambil pemain 2 tiup belon
pemain 2 dan 3 :skipping sambil membina ayat
pemain 3 dan 4 pgang tali skipping --->pemain 1 dan 2 akan lompat sebanyak 30 kali...
Pemain 1 : Soleh/meot , Pemain 2 : Farhana/Icha , Pemain 3 : Aku/umie , Pemain 4 : Jeyha/AJim.  
 Permainan dimulakan dengan menghantar 1 wakil setiap kumpulan untuk dijadi tawanan. Tawanan ni PD yang pilih iaitu aku dengan ajim. So kiteorang berdua cuma duduk atas karpet dan tengok 6 orang ahli GIBTS cari sampul surat. Bila dah dapat kesemua sampul surat yang (PD piah dan pembantunya khalidah) sorok , permainan pon dimulakan dan masa diambil.
https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/1468521_262869890532158_1042737665_n.jpg 
https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/1459914_262869350532212_2021378484_n.jpg
( Group aku yang sedang cari sampul surat kat pokok rumah orang )
 So pemenang keseluruhan jatuh pada kumpulan Ganjil yang diwakili fix member (aku, jeyha) , fix new member (farhana) dan guest (Soleh). Dan yang kalah adalah group Genap yang diwakili oleh fix member (Meot selaku tuan empunya rumah,Icha,umie) dan guest (ajim).
https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/p480x480/1476365_262869313865549_150239483_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/1476181_262867880532359_1807250840_n.jpg 
( soleh dan farhana)
https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/1459799_262869333865547_345117535_n.jpg
 
https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-ash3/370202_100003158621442_1748583166_n.jpg Kata-kata pencetus GIBTS " Hehehe...kpd kumpulan yang kalah,,jgn bersedih hati...lain kali,lain masa boleh cuba lagi... segala tingkah laku yang tidak sopan hari ni jgn diulangi....(gurau)..."
Sebelum mengakhiri entry "ngada-ngada terpanjang" aku nih , meh aku sajikan gambar2 the making of game is better than stress ep 2. Ep 1 tak ada ok uguys because gambar pon tak ada. Jadi aku malas nak update :) Luv u all. 
https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/1425537_262867853865695_1067490132_n.jpg 
(Aku yang kepanasan dan meot yang kepanasan) 
~21 hari bersama botak~ 

Thursday, November 21, 2013

Majalah online dunia metropolitan

Posted by ika sulaika at 2:19 PM 0 comments


Firstly aku nak ucapkan seguni thanks for my reader sebab sudi baca entry2 aku yang daif nih :3 Walaupon aku masih belum ada fix reader macam idola aku Irine nadia marcello dan sifu aku zaza zehra tapi aku akan berusaha pikat pembaca blog. Mungkin blog aku ni bergenre cerita budak baru nak up kod hakhak. Semakin hari , orang yang datang membaca semakin bertambah dan korang memang suka baca about produk kan? Thus , im promise to improve my witting and write high quality topic that many girls always read in my blog. Beauty :)

********

OK let back to the topic , who love to reading book , magazine , novel etc ? put your hands up ! Ohhh you love to read like me , sepsep <3 What theme you like ? For me i love to read about girlish topic such as beauty , fashion , girl's life , health , religion , world and more :3 So , i think dalam dunia yang serba canggih ni macam-macam boleh jadi. 

Masa zaman kecik2 , kalau nak baca something boleh beli dekat kedai atau pergi perpustakaan ataupon tukar2 buku dengan kawan. Lepastu , you read together with your sister then suddenly gelak sendiri. Dalam dunia yang serba canggih ni , korang tau tak yang ada satu majalah keperempuanan dengan grafik yang cukup cantik dan online ? Tau tak tau tak ? ^^ Haaaa let me tell you.



Nama majalah ni adalah Eternity daripada Media Glam. Apa yang bestnya majalah Eternity ni ?

Syarikat Media Glam Sdn. Bhd. ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyedia dan mengedar bahan bacaan terbitan secara elektronik/digital kepada masyarakat. Ini adalah salah satu inisiatif bagi membangunankan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia. Kita ketahui bahawa, bahan bacaan seperti buku, majalah dan akhbar merupakan saluran penting dalam proses penyebaran maklumat serta pengembangan ilmu. Atas dasar ini, Media Glam Sdn. Bhd. melalui laman sesawang, http://www.mediaglam.com, memegang tanggungjawab itu dalam menggiatkan usaha menerbitkan bahan-bahan bacaan digital yang dapat membangunkan pemikiran serta pandangan hidup masyarakat Malaysia berlandaskan minda yang dinamik, menghargai kemajuan dan berkeinginan untuk terus maju di dalam arus pembangunan teknologi maklumat (ICT) negara.

Media Glam Sdn. Bhd. memainkan peranan sebagai penerbit majalah-majalah dan bahan bacaan yang inovatif dan berinformasi untuk tatapan semua lapisan umur masyarakat Malaysia. Sebagai sebuah badan korporat yang bertanggungjawab, Media Glam Sdn. Bhd. menyediakan akses secara percuma kepada orang ramai untuk membaca serta memuat turun kandungan bahan bacaan dan majalah digital terbitan kami. Diharapkan dengan usaha ini, pihak syarikat Media Glam Sdn. Bhd. dapat mengoptimumkan penggunaan dan kemahiran literasi ICT di kalangan masyarakat. 

  • Dia seakan buku online yang ada grafik cantik macam majalah yang betul2
  • Banyak topik untuk perempuan yang bukan terikat dengan 1 tema/isu sahaja
  • Majalah ni boleh diselak helaian demi helaian macam buku biasa siap ada bunyi lagi
  • Boleh di zoom in dan di zoom out untuk memudahkan pembacaan
  • Tulisan yang mengunakan fone yang jelas dan mudah untuk dibaca
  • Jenis penulisan yang mudah di fahami
  • Isi yang jelas dan menarik
  • Ada application hand yang boleh korang guna untuk keatas/kebawah halaman eternity
  • Ada 5 topik besar (cover girl, Favourites , highlight , features dan libur )

OK ini contoh screen capture oleh irine nadia marcello selaku cover girl untuk edisi terbaru majalah Eternity.



 Selain tu , Fatin Liyana pon pernah jadi cover girl :


Kalau korang terlepas edisi majalah etrnity yang lepas , dont worry i tell u. Korang boleh godeh2 balik Laman Media Glam untuk cari edisi yang korang nak baca. I tell u ya , laman eternity ni sangat mesra pembaca. Tak memeningkan kepala pembaca untuk mencari edisi2 yang lepas.


 Korang - korang jangan risau kalau nak masuk laman ini. Meskipun laman ni online tapi percuma. Paham tak percuma tu maksudnya tak payah bayar langsung. KOrang nak tamak haloba baca sampai mata terjojol pon tak apa. Tak ada sapa nak marah. Tapi internet kene bayar lah. Kalau tidok macam mana nak baca -_- For those yang pakai smart phone tuh , kalau dah tak sempat nak pergi kedai beli majalah kecintaan hati , why not korang baca je majalah eternity. Sambil berjalan sambil baca. Wah nampak stylish dan moden gitu. Sesuai lah dengan trendmark Eternity iaitu WADAH GENERASI MODEN.

Kalau korang berminat nak baca semua edisi eternity boleh KLIK SINI untuk ke laman majalah online tu.

Sebelum tuh , mungkin korang jugak berminat dengan 2 entry aku yang paling mendapat sambutan yang mengalakkan ini Antara pencuci safi balqis perfect 10 vs Safi Natural 
dan Krim pencerah safi fair beauty (testimoni). Dan untuk mengetahui banyak isu dunia boleh KLIK SINI dan untuk buat duit secara online boleh KLIK SINI .

Entry ini dikreditkan kepada sumber Irine nadia marcello dan Fatin Liyana

Friday, November 15, 2013

My sayang monyet pertama

Posted by ika sulaika at 10:06 PM 0 comments

Kalau tak suka baca cerita monyet aku sila pangkah laman ini. Jangan kutuk pakai bibir atau hati. Ini koleksi diary aku. get it ?

***********************

Prinsip aku cinta hanya untuk suami sebab suami itu special <3 Jadi kalau boyfriend mungkin term sayang lebih tepat. Tapi kenapa sayang monyet? sebab budak sekolah macam aku kan macam monyet :3 ini lah kisah sayang monyet pertama aku.



 Kisah sayang monyet pertama aku

Permulaan perkenalan aku dengan F bermula lepas aku baru tamat PMR  tahun lepas. Semua ini F yang mula dulu. Pada awalnya memang aku tak kenal langsung siapa F. Dan paling tepat aku tak pandang mana-mana lelaki sebab aku tengah haruk dengan seorang Q yang hensome giler. Tapi yang sedihnya Q langsung tak pandang aku. Pff rasa kekejamannya ;(  Dalam keadaan aku mengusha Q secara senyap rupanya ade seseorang jugak yang mengendap aku. CEh sepak kang! OH lupa nak cakap. F dengan Q tuh tua setahun dari aku :3

F minta tolong classmate dia yang merupakan jiran aku. W ni  pon sampaikan lah dekat aku. KOnonya nak minta nombor telefon. Dalam hati 'memang tak arr nak balas.Malas betul'. Tapi aku bagi jugak nombor aku tuh. ANd the next day , F text aku dan aku balas sikit.Sikit sangat. Aku malas nak layan F sebab aku tak kenal dia dan aku malas nak berkenalan. And the next next next day , dia text aku lagi. Dan aku langsung tak balas sebab malas. Hahaha aku memang macam ni k.

F fikir aku tak ada topup jadi dia belanja aku topup dan aku pon terkejut. Bila tanya W rupanya F masukkan topup dalam phone aku! Ahhh F ni memaksa aku ke hape?! Jadi aku kumpulkan duit aku yang tak seberapa banyak tuh dan pulangkan duit topup F melalui W. AKu memang tak suka orang topupkan aku kalau orang tu ada niat nak ngorat.gitu~ Jadi start dari situ, F dah jarang nak text aku. MUngkin dia tahu yang aku tak suka dia.Aku tak minat nak berkenalan.Jadi dia menyepi.

Dalam facebook pulak memang jarang giler nak chat dengan F. F hantar hari ni , 2 hari lagi baru balas. huhuhu. Bawah ni antara awal chat aku dengan F yang boleh dikelaskan tak mesra mungkin ?


Memang tak mesra langsung. Nampak sangat aku ni malas. hehehe. Tapi bila F dah nampak yang aku ni tak kuasa nak layan dia , F pon senyap je. Tak text aku , tak chat lagi. Semuanya tak lah. Chat yang tak mesra tu berlarutan sampai tahun 2013 dan kiteorang masih tak rapat. Dalam bulan mei tahun ini (mungkin) , aku dah start layan dia sikit-sikit. Tapi cuma dekat facebook sahaja. Sebab tahun ni aku tak pakai phone langsung sebab aku malas nak bazirkan kredit untuk borak kosong even dengan kawan sendiri. Lagi satu sebab , function phone aku cuma ambil gambar je. Sim card aku memang tak guna langsung. malas. Dan lagi satu , aku obses dengan internet especially blog dengan facebook. Jadi aku tak layan phone sangat.

Dalam bulan mei aku ada pergi satu kursus pengawas dan PRS dekat Savannah Hills. Dan F jugak pergi sebab dia PRS. Klau aku memang kene pergi.Dua-dua jawatan tuh aku pegang. Dekat Savannah aku masih tak rapat dengan F sebab belum rapat lagi hahahahaha *tak tahu nak bagi alasan ape* . Lagipun sepanjang kat situ aku duk perhati crush aku yang hensome tuh.Sapa lagi kalau bukan Q kan? Tapi rasa down giler lah sebab Q tak bagi respone dekat aku. Tahulah dia hensem. Eghhhh. Balik dari Savannah , aku dengan F dan boleh chat banyak-banyak sikit lah tapi masih kategori seciput.

Cover Photo

Makin hari makin rapat dan dia dah berani bersayang-sayang dengan aku. rindu lah. Apalah. Tapi waktu tuh hati aku ni tak rasa ape-pon. hahaha dasar hati batu.  Aku pulak tak boleh klau orang buat macam tuh. Nanti aku msti layan lepastu bagi harapan palsu.Ahh jahat! Waktu aku dengan F dah iktiraf kawan , F macam ajak aku cakap pasal hati ke hati. Pada aku benda ni dah parah. Eh tak boleh macam ni. AKu tak bagi harapan palsu macam aku bagi dekat boyfriend aku dulu. Jadi aku jujur dengan dia yang aku cuma anggap dia tuh kawan biasa. Tak lebih dari tuh. Dan dia ....... kecewa mungkin. Since dari tu , dia dah jarang online. Jarang sangat. Rasa dah lama giler tak chat.

Hari berganti hari , minggu berganti minggu. Masing2 sibuk dengan urusan masing2. Aku sibuk uruskan majalah sekolah. F pulak sibuk dengan study dia. F waktu tuh dah trial SPM dan aku sibuk ke hulu hilir dari kelas ke kelas. Bila dia dah habis trial , aku pulak yang exam. Dia pulak sibuk dengan kelas tambahan. Kira aku dah lama giler lah tak nampak F. Sampai aku sendiri pon dah lupa pasal F. Bukan F je , Q dengan member2 aq yg exam pon aku dah tak ingat. Bila dah lama giler tak nampak F dekat sekolah , untuk pertama kalinya aku nampak F. Tapi F nak kene sebat dengan cikgu disiplin sekolah. Kesian dia.

 Dalam tempoh"nampak tak nampak dekat sekolah" , aku ada jugak chat dengan dia tapi sikitttttttttt sangat. AKhirnya aku dah rasa yang kiteorang dah tak rapat. Tapi satu hari , pengawas dan PRS ada buat jamuan akhir tahun dekat IOI Mall Kulai. Dan aku pergi.Tapi aku tak tahu lah sama ada F pergi ke tak sebab aku tak nampak F. Yang aku nampak Q. Arghhh pehal lah asyik jumpe dia. (ceh! mentang2 Q tak layan aku tetiba nak nyampah tngok dia kan.Kau ape kes ika?). Rupa2nya , F pergi! Suap duduk sebelah meja aku lagi :3 Tapi masalahnya F duduk semeje dengan Q pfff. Tetiba terfikir nak pandang siapa. F ke Q. Hahahaha. Mestilah pandang F. Pandang Q buat ape :P

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/555567_313945845414307_2069280366_n.jpg

Kat situ , aku ade berlakon tau! Tapi seriously kelaut. Dah lah tak jadi.Nampak poyo pulak tuh~ Aku tahu mesti F dengan Q pandang aku.Hahaha podah.Memang lah pandang.AKu kat atas stage lah wei. After berhari2 lpas balik jamuan , F ada chat dengan aku. Dia kata dia rindu aku dan aku aku boleh balas yang aku pon rindukan dia? defuk. Bkan apa, aku takut kalau aku permainkan dia je.Masalhnya , pehal aku cakap macam tuh. Since dari tu , kiteorang rapat balik. Tapi aku dengan F tak couple tau sebab aku cakap aku tak suka couple waktu sekolah. Dan dia faham. Ni lah salah satu yang aku suka dekat dia. Faham bahasa, tak memaksa,selesa dengan dia,funny.

Lepastu kiteorang pon selalu lah chat. Padahal dia tuh bukan selalu on9 fb sangat. Mungkin F fikir tu je cre nak contact aku. Yelah , aku kan obses dengan internet. Dia topup setiap hari untuk on9? emmm.Lepastu makin selalu pulak bersayang berindu hahahaha. ApA-APA JELAH. Tepat tarikh 12/11/13 , aku couple dengan F. Padahal dulu kata tak nak couple waktu sekolah. Apa sudah jadi ? hek hek hek. So hari ni dah tiga hari couple dengan dia.. Macam korea drama tak kisah aku ni? ceh tetiba masuk korean. Kau pekes ika? Aku dah letak syarat tau dan aku rasa kelakar. Macam nak khawin pulak letak-letak syarat.

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/v/1422345_589019674498980_1076059491_n.jpg?oh=5b2c5d195e3315f4ba4c096b98669be1&oe=528849FC&__gda__=1384660072_6ec1d80ba6c5ca7ef30955d203939160

(Ayat aku yang atas tuh bukan ayat gedik errr. Tuh lagu yang ditranslate dalam bahasa pasar k)

1. Tak nak selalu date sebab aku tak suka date
2. AKu boleh kawan dengan sapa je yang aku nak
3. Permision segala hal bawah jagaan parent.  BuKAN DIA. Sebab aku anak orang kod. GEli tau tak , mintak izin dekat boypren.
4. Boypren buat cara boypren. Jangan buat cara suami. Maksud aku kongkong aku , tukar p/s fb , pegang2 tangan. No! Tak suka.

Syarat dia pulak dia tak kesah aku nak kawan dengan sapa tapi ingat yang aku ada dia. Ok deal. THen couple! hoorey~ Tapi ada beberapa orang tak setuju lah. Sebab aku ni masih sekolah. Tahun depan nak SPM pulak tuh. Ada jugak yang bandingkan aku dengan F. Yelah aku kelas pertama tapi dia tak. AKu tak salah kan diaorang kalau nak fikir macam tuh. SEbab diaorang cuma ambil berat je. And releks lah. AKu dengan F masing2 tahu yang kiteorang ni sayang monyet je. BUkan khawin. AKu banyak kali ingatkan dia yang kiteorang budak sekolah lagi. Mesti putus jugak. Tak boleh tak. SEbab tuh lumrah sayang monyet. Aku terima dia bukan sebab kesian ok. AKu pun tak jangka yang aku boleh sayang dia. Benda ni berperingkat. Dari tak layan ke kesian (jadi layan sikit2) ke selesa ke sayang. Dia nak "kawan" dengan aku pun ambik masa setahun. And aku pon tak terfikir aq boleh couple dengan dia. Mungkin aku jatuh sayang dengan perangai dia. Lagipun dia comel >.<
Tahun depan F dah habis sekolah. Mana tahu dia dah ada orang lain. Ataupon aku yang gatal cari orang lain. Walaupon aku muda , aku tak nak cara couple tu macam poyo2. Mama papa daddy mummy lah. Berjanji hidup sematilah. Macam dah laki bini. Ei gelinya aku. Suami itu special! Tak kan lah kau nak buat perkara2 macam tuh yang untuk suami kau sama dengan apa yang kau pernah buat dekat boyfreind kau. This is just my opinion. This i my way.
KIteorang masing2 tahu sayang monyet tak kekal lama. And im ready to face all that. CEh! OHHHH yeah sekarang ni aku dah tak berapa nak meng CRUSH kan sangat si Q tuh. Dan sepanjang aku dengan F ni rapat , ada komplikasi sikit lah. Aku tak bagi F heboh perkara ni sebab low profile lebih bagus. Dalam aku tengah  bersayang monyet dengan F , rupanya wujud lagi satu F dalam relay kiteorang. Tapi F2 tak salah. Sbab dia tak tahu yang aku awek orang. eh eh eh. F2 mintak tlong member2 dia untuk tackle aku. OK tuh bahasa kasarnyalah. Jadi apa2 perkara terbaru about F2 aku bagitau kat F.Mmber2 F2 tuh member2 F jugak. Jadi F kene lah berlakon macam dia tu bukan boyfren aku. Jadi apa2 yang jadi dia bagitau aku pulak.

Rasa nya sekarang ni F2 dengan F3 dah tahu yang aku couple dengan F1.Sebab F1 ni kadang2 cerita kat orang. Sabor jelah hahaha XD. Bnda macam gini bukan boleh simpan lama kan ;) OH ya , F3 tu tak ada lah nak tackle aku. Tapi nak rapat2 sikit tuh ada lah. Aku pernah bagitau F yang ada Dua F lagi yang suka kat aku (bahasa kasar) tapi aku tak bagitau siapa dan F pun tak tanya siapa. Now , F dah tahu pasal F2 tapi masih tak tahu siapa F3. Sila lah cari sendiri ye my putera.


Fadzrin Shah Bin Rohani

Satu hari nanti mesti kiteorang putus jugak. Yelah sayang monyet je kod. Tak bawak ke pelamin. Jadi aku kene rasional kan putera ;)

You have to let go of what you think is GOOD, in order to get something BETTER, because you'll never know what's BEST for you until it has arrived

 Let's be honest, berapa ramai yang ada cinta/sayang pertama pastu perasan yang it is the best thing in the world dan perasan yang omg inikah yang dinamakan jodoh, hati gembira rasa, takde satu yang hodoh. Pastu your next boyfriend gets better and better pastu your husband is the best ever.

 https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/p480x480/301979_460714610672198_2062306511_n.jpg







Monday, November 4, 2013

Krim pencerah Safi Fair Beauty 8 kali lebih cerah sekelip mata (testimoni)

Posted by ika sulaika at 11:35 AM 9 comments



http://www.safi.com.my/images/products-intro/fairness-masthead-ms.jpg 

Today , aku nak cakap tentang produk terbaru safi yang dberi nama Safi fair Beauty.Safi fair Beauty ini telah memperkenalkan 2 produk baru iaitu pembersih dan krim pencerah. Tapi hari ini aku hanya nak beri testimoni aku terhadap krim pencerah sahaja. Get it?


http://safi.com.my/images/products/fairness/moisturiser.png?20130917
Bertindak mencerah dan memberi perlindungan UV. Menerusi gabungan Natural AHA Complex dan Vitamin B3, ia membantu mempercepatkan pembaharuan sel sambil mencerahkan kulit dari dalam, di samping melembap dan melembut untuk menyerlahkan kulit sehalus bayi serta membuatkannya 8 kali lebih cerah sekelip mata*. Jika digunakan berterusan sepanjang 2 minggu, kulit tampil cerah berseri**.

* Berdasarkan ujian klinikal makmal.
* Berdasarkan kajian ke atas 100 wanita Malaysia (96% bersetuju)

BAGAIMANA TINDAKANNYA?
Krim Pencerah Wajah SAFI Fair Beauty bertindak melembap, mencerah dengan lebih efektif dan memberi perlindungan UV untuk menyerlahkan kulit sehalus bayi dan lebih cerah berseri sekelip mata melalui:

Natural AHA Complex
Memperbaiki proses pembaharuan sel kulit yang diaktifkan oleh gabungan ekstrak semula jadi buah-buahan sitrus yang turut membantu melembap, melembut dan mempercepatkan pencerahan kulit.

Vitamin B3
Mencerah dari dalam secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin pada permukaan kulit di samping menjadikan tona kulit lebih sekata.

Pelindung UV
Melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinar UV yang memudaratkan dengan lebih berkesan.

Arahan: Sapukan pada muka dan leher dengan sekata, urut perlahan-lahan dalam gerakan memusing.


Credit to : Safi Fair Beauty
Click here ---> Nak buat duit

Testimoni dari pengguna ( aku ler nie hehehe)

Aku baru beli Safi Fair Beauty kurang seminggu disebabkan kuat terpengaruh dengan term 8 kali lebih cerah sekelip mata.Ye lah giler kan? So ada beberapa keistimewaan Safi Fair Beauty yang aku akui tapi ada jugak yang aku tak puas hati. OH yup, sorry testimoni ni tak ada gambar aku or what else k because tak ada camera. Let begin!

Ada beberapa keistimewaan Safi Fair Beauty dekat box dia so i just copy it with my respon k. Are you get it? 

Tona kulit lebih cerah sekelip mata

-> ERmmm i think 50-50 sebab yaa dia buat my skin lebih cerah sekelip mata but not 8 kali lebih cerah sekelip mata. I guess mungkin half or 1 tone saja. Woah so dispointed. Tapi Safi Fair Beauty masih lagi ok. Maybe sebab aku tergolong 4% yang tak mengaku keistimewaan yang satu ni. Maybe pihak safi boleh bagi pembaris warna kulit tuh untuk meyakinkan we all yang your produk is the best ever.Hehehe just my opinion.

Bertekstur ringan berasaskan air menjadikan lebih pantas meresap ke dalam kulit

Yeah setuju!!!!!!! First aku pakai Safi Fair Beauty ni dekat tangan sebab saja nak cuba sambil berbual with my mom.Dan apa yang mengejutkan dalam berapa saat je dia dah meresap.Sangat pantas , sangat laju! Then aku terus tengok ingredientnya and i "water" is the main ingredients.

Membantu melembap kulit tanpa meninggalkan rasa kurang melekit

Yeahh yang ni pon aku setuju! Dah lah cepat meresap , tak melekit pulak tu! And kulit aku serta merta mulus dan halus cehh. Oh lupa nak cakap, aku cuma letak Safi Fair Beauty dekat sebelah tangan saja untuk membezakan dengan without Safi Fair Beauty. It really work!

Menjadikan kulit lebih lembut dan sehalus kulit bayi

Yup memang mulus tapi tak ada lah sehalus kulit bayi.Mungkin sehalus nora danish hahaha. So sekarang ni aku duk belek2 tangan aku sebab aku pakai Safi Fair Beauty dekat tangan je.Muka aku pakai lain yang lebih berkesan. Resultnya tangan aku lebih mulus daripada sebelum ni. Kalau dulu kulit aku kasar,lesu dan kusam sebab aku tak pakai losyen.Lebih memburukkan bila aku kene outstation banyak kali dekat sekolah lain as reporter.You know,kerja bawah panas matahari dan aku senseng lengan. Hitam giler lengan.Boleh bezakan dengan satu part yang tak kene sun burn sebab aku pakai jam.Dah pelik lengan aku hahaha. Sekarang lengan lebih cerah! yeah!

Rumusan semulajadi (ekstark buah-buahan sitrus) yang selamat digunakan.

 Yang aku boleh cakap , bau dia harum sangat ! Lagipun krim dia bukan warna pure putih. Tapi macam pink-pink sikit.Apa orang cakap? Pink belacan ke? hehehe
 
So aku bagi 3/5 bintang untuk produk ni.
 
 
Aku mintak maaf kalau entry ni panjang sangat or memboringkan or tak bagi apa-apa benefit dekat korang. Aku memang suka buat testimoni apa yang aku pakai sebab suka hati aku lah. And aku decide nak buat entry ni sebab bila aku check statistik blog , aku dapati ramai reader suka baca about my last topic Antara Pencuci Safi balqis perfect 10 vs Safi Natural dan search topik tuh. Sampaikan aku jumpa macam2 search produk safi yang aku tak review.Thank so much! Emm korang , aku cuma pakai safi manggis tau.Aku tak pakai zaintun or mentimun. Sorry kalau korang tak jumpa benda yang korang search dekat blog aku.
 































 

IKA SULAIKA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal