♥♥♥♥♥
Sepeket choki-choki aku ambil dari atas meja lalu di masukkan ke dalam
beg sandang kecil bewarna baby pink. Sedang aku menyusun isi-isi di
dalam beg , telefon bimbit ku berteriak minta diangkat. Lagu shahir
bertajuk dia yang kau pilih menjadi santapan halwa telinga. Aku
mencapai sony xperia dari dalam poket lalu punat hijau aku tekan .
"Hello , ye kejap lagi aku sampai. Kat rumah lagi ni.Kau tunggu
je.Bye".Myrafy menelefon aku.Katanya , semua geng kami sudah tiba di
foyer SMK Bandar Tenggara 2.Aku menyandang beg lalu mendekati sebuah
cermin dirumah ku. Aku mengenekan seluar hitam dan baju lengan panjang
bewarna baby blue serta tudung syria kosong bewarna baby blue.
Minimalis. Usai membelek penampilan diri aku menyalami emak yang sedang
menyediakan sarapan.
"Tak nak sarapan kak ?" . Emak bertanya . "Tak lah kod.Dah lambat ni"
aku mencapai kunci motor di atas sofa. Kasut sukan bewarna kelabu aku
sarung pada kaki yang sedia berstoking dengan corak hello kitty.5 minit
kemudian aku sudah berada di jalan raya merempit untuk sampai ke
destinasi. Aku menyumbat lubang telinga ku dengan ear phone dan lagu
dia yang kau pilih aku mainkan.
Nama aku ika. Kadang-kadang kawan aku panggil minnie je kerana fizikal
aku yang agak kecik.Umur aku 16 tahun dan aku one of the SECRET.Aku
anak sulung yang kasar diluar tapi lembut di dalam.Mak kata aku cengeng
huhu.Amboi dia!Im taken hehe.Nama insan yang memenangi hati aku tu
Ezroy Reza.Setahun lebih tua.Aku panggil dia reza je.Korang-korang
jangan rampas dia tau.Aku sayang dia.Eceh!Now, aku nak pergi SMKBT2 .Tu
bukan sekolah aku ye.Actually , PPD ada buat lawatan ke seluruh johor
yang membabitkan 16 buah sekolah.Oii oii aku tengah tunggang motor aku
ni.Nanti-nanti je aku cerita.Deal ?
♥♥♥♥♥
Aku
berborak-borak dengan teman-teman ku yang terdiri daripada myrafy,
icha,lisa,umie dan beberapa lagi teman yang lain.Setelah 15 minit kami
menunggu akhirnya sebuah bas tiba di sekolah SMKBT2.Semua pelajar dari
4 buah sekolah yang lain sudah bangun dari duduk santai begitu juga
aku. Bib bib . Satu mesej untuk aku. Aku menekan punat buka dan
tersenyum.
"Baby take care ok . Biy sayang baby.Dont noty noty and dont look at another guy.Love you"
"Ok.Luv u too muachh"
Aku
duduk bersebelahan dengan icha di dalam bas.Banyak yang kami borakkan
antaranya pengalaman di legoland tak ketinggalan juga gosip terkini di
SMK Seri Pinang , sekolah ku yang tercinta.Tidak cukup dengan gelak
tawa aku dan icha , kawan -kawan ku yang lain pon tumpang sekaki walhal
jauh juga kedudukan kami . We buddyz we never a part ! Bib bib , satu
lagi mesej untuk aku . Aduhai reza ke ? Aku menekan punat buka.Di dalam
hati terima kasih kak liliyana mardiana si blogger dangubunny skema itu hot
yang menghadiahkan aku sony xperia ini. Eh , mesej ini bukan dari reza
tapi teman ku lisa . Aik , duduk depan belakang pon nak bermesej juga ?
layan~
"Wei , i have something to tell you babe" . Kening ku berkerut . "what is it ?" . "Hope kau tak kecewa" .kening ku semakin berkerut. Apa yang lisa mahu sampaikan? "Babe , just chill . tell me what up ? serious sangat ke doh ?" . Lama aku tunggu balasan mesej dari dia . Selepas 10 minit "kau macam budak kecil lah minnie.Pakaian kau warna baby-baby.OMG come on lah babe . Dah besar kod ngehehehe" aku tersenyum . "Hazabedah kau lisa haha"
♥♥♥♥♥
Sudah
sebulan aku bercuti di rumah . Bulan Januari nanti aku akan ke sekolah
semula sebagai pelajar yang paling senior. Masih tergambar lagi
keriangan saat aku dan teman-teman mengikuti jelajah johor sebulan yang
lepas.Namun secara tiba-tiba lisa menjadi sangat pendiam. Aku tidak
tahu apa punca nya . Dia kelihatan sayu apabila melihat aku.
" lisa , are u okay ?" . Lisa mengangguk
"Tipu.
Asal kau senyap je hari ni? U are not my lisa.U are fake?" . Lisa
ketawa . Dia memandang aku dengan pandangan yang ceria namun dari anak
mata nya ada kelayuan.Ada perasaan sedih di situ.Dia pegang lengan aku
dan berlagak tenang. "U are my bestie dan aku tak nak kau nangis
kelak.Aku simpati dengan kau".Hati aku tak sedap. "Why?" . Dia mengeluh
keras . Lama kami berkeadaan begitu .Suasana senyap sepi sahaja. "Kau
macam budak kecik pakai warna baby-baby ni.Eyuww engkau dah lah pendek
minnie.Bertambah personaliti budak-budak .Simpati aku" gelak besar
lisa.Aku menahan geram. Hazabedah betul dia ni . Aku piat telinga dia
dan kami gelak kemudiannya.
Bib
bib lamunan ku hilang . Aku mencapai sony xperia . "Baby where are you?
Dating jom" . "Ok , kat mana ?" . "Tanya pulak. Dekat depan rumah baby
lah . My mother in law kan tak izinkan dating jauh-jauh.Kejap lagi bie
sampai ok?" . 5 minit selepas itu , Reza tiba di rumah ku bersama
coklat cadbury yang besar.Aku melemparkan senyuman yang paling manis di
dunia. Lama kami berborak.Mungkin sudah satu jam setengah.Emak pula
menyediakan air sirap bandung untuk kami.Emak memang tiada masalah jika
reza bertandang ke rumah kami.Masing-masing sudah kamcing.Sedang rancak
berbual aku terlihat Karina di luar rumah ku .Terngendap-ngendap.Karina
kawan kepada ila si adik aku.Mungkin dia mencari ila.
Aku mendekati Karina yang juga sepupu myrafy. "Assalamualaikum , karina cari ila ke?Jom masuk" tanpa banyak soal dia pun membuntuti aku dari belakang . Aku menjemput dia duduk berhadapan dengan Reza sementara aku masuk ke dalam rumah untuk memanggil ila.Aku mengetuk pintu bilik ila.Sunyi.Lalu pintu bilik aku tolak dari luar.Eh , tak ada ? Aku berpatah balik ke tangga tetapi mata ku menangkap kelibat sebuah figura ila di beranda.Aku mendekati dan mahu menegur tetapi aku membatalkan niat .Aku lihat muka ila seperti manahan geram.Dia mengetap gigi.Ila sedang memandang reza dan karina.Aku turut melihat mereka.Karina dan reza sedang berbual. "Ila , karina cari kau.." . Dengan laju ila meninggalkan aku dan menuju ke halaman rumah untuk berjumpa karina.Apa kene budak ni?
♥♥♥♥♥
Malam
ini suasana sangat sejuk. Sejuk nya seperti diserap ke tulang sum sum
ku yang paling dalam.Tiada rutin lain yang aku lakukan pada malam ini
melainkan bergolek-golek di atas katil yang empuk dan otp dengan
kekasih hati ku , Ezroy reza. Sudah agak lama aku tidak berhubung
dengan dia.Ada sahaja alasan nya dan aku percaya setiap
kata-katanya."Biy , semalam i tried to contact you tapi u off your
phone.We are you going?" aku memintal hujung rambut ku. "oh im sorry
baby . My phone was on silent i was at the mosque" . "Oh.." . "Why ?"
reza bertanya."nothing.Just miss you" . "Haha sweet nya bini bie ni".
Aku tersenyum lebar.Di dalam hati aku mengaminkan kata-katanya. "Baby
ingat lagi tak first meet kita?".Aku senyum "Ingat.Baby masih ingat
lagi macam mana sombong nye bie dulu masa baby tegur.Malu tau!".Reza
gelak besar."Haha baby tau kan bie tak layan perempuan.Actually dah
lama bie minat kat baby tapi malu nak cakap.Yelah , orang tu mesej
senyum-senyum mestilah ada boyfriend"."Haha mana ada boyfriend.U the
first and the last.Kalau suka baby , kenapa bie tak cam muka baby masa
baby tegur ?Emm mentang-mentang dah tukar sekolah.Terus lupa muka
baby"."Haha bukan macam tu.Biy tengok muka baby lain bila pakai
tudung.Dulukan baby free hair but after i know u are my ika , biy terus
say sorry rite?".Bertambah-tambah senyuman aku.Ya , dulu kami suka sama
suka di dalam diam.Namun tiada siapa antara kami yang meluahkan
perasaan sehingga Ezroy reza berpindah sekolah.Aku tahu dia bukan
seorang lelaki yang melayan perempuan.Pada suatu hari, aku terjumpa dia
sekali lagi dan aku cuba menegur dia ditemani umie.Namun hampa dia
tidak memandang aku.Malu.Namun apabila dia tahu bahawa aku ialah ika
sulaika , maka dia pun meminta maaf dan hubungan kami menjadi rapat
sehingga menjadi pasangan yang romantik.
Selesai otp , ila pun masuk ke dalam bilik ku tanpa mengetuk pintu. Dia
menghempas tubuh ke atas katil.Serentak dengan itu aku bangkit dari
pembaringan ku."Kau dah kenapa?" aku menegur.Ila pun bangun dari
pembaringan dan duduk berhadapan dengan aku.Matanya mencerlung. "Kak ,
kau sayang reza?"."Soalan buduk ke apa ? Sayang giler kod!".Ila
mengeluh.."Wei , kau jangan cakap kat aku yang kau suka reza? Siap kau
aku kerjakan!" getus ku dengan kasar ."Eii tak arr bongok! Nazmi aku
nak campak mana?"."Huh..dah tu asal?".Ila diam."Aku .. aku jujur je
arr".Jantung ku berdegup kencang.Apa yang mahu dikatakan ila?."Aku syak
, reza main kayu tiga dengan kau".HUHHHHHHHHHHH ???
"Asal pula?" panas hatiku apabila adik sendiri menuduh kekasih hati
yang ku cinta sebegitu rupa.Aku kenal reza lebih dari dia."Kau jangan
marah dulu , kak! Actually , aku pernah nampak reza dating dengan
karina.Banyak kali! Lisa pun nampak..".Lidah ku kelu seketika.
"Lisa...?". "Dia pernah call aku dulu.Dia kata , dia nampak reza pegang
tangan karina.Siap panggil biy baby lagi". Aku .. aku terdiam. Baby?
Karina baby? . Aku masih tidak percaya namun apabila bukti di depan
mata ,aku terpaksa telan meskipun kelat. Gambar Reza dan Karina
bersama. Siap bersuap ais-krim lagi. Aku menangis dan terus menangis.
♥♥♥♥♥
Seperti yang di janjikan , aku dan teman-teman serta ila berjumpa di
juz and bakery. Mata ku lebam dan sembap.Mereka semua sudah tahu akan
kecurangan reza yang aku sayang.
"Kenapa kau tak bagitau aku lisa?"
"Aku .. aku minta maaf.Aku takut kau menangis.Tengok kau sekarang...
Macam mana aku ada keberanian nak bagitahu kau?".Aku menguis-nguis
ais-krim lemon di dalam mangkuk.
"Ika , aku harap kau sabar".Umie menepuk-nepuk perlahan bahu aku. Aku
senyap dan senyap.Dapat aku rasakan denyutan di dahi ku. Huhh penat aku
menangis semalaman hanya kerana Ezroy Reza. Aku cintakan ezroy reza
tapi dia ?.Myrafy yang duduk bertentangan menyentuh lembut tangan
ku."Ika,aku bukan nak besarkan lagi masalah ni.Tapi aku kene terus
terang. Karina tu boleh diiktiraf playgirl. Aku takut sangat bila kau
bawa reza beraya dekat rumah aku masa tu . Kebetulan Karina ada dekat
situ.Karina pulak macam berminat nak dekati reza"."Tapi reza tak layan
perempuan lain selain aku".Aku mengelap air mata dengan hujung baju".
Apa yang aku tahu,reza memang tak layan pada mulanya tapi karina desak
dan desak sehingga reza pun jatuh ke tangan dia".Icha pula memberi
pendapat "aku rasa kau kene jumpa diaorang face to face".Ila dan lisa
mengiyakan cadangan bernas dari Icha.
♥♥♥♥♥
Aku menghantar sms kepada karina yang belum lagi sampai di sebuah
taman yang terdapat tasik yang cantik. Hanya aku dan Reza yang berada
di taman itu.Kami duduk di sebuah kerusi panjang .
"Tak pernah-pernah your mom izinkan dating dekat tempat lain?" reza senyum kepada aku.Aku senyum hambar."You tak suka ke?"."Eh mestilah i suka.HAHA.love u".Aku tidak menyahut.Tidak lama kemudian , Karina tiba dengan baju kurung merah di badan.Aku tersenyum kelat kepada karina yang berdiri tegak di sisi aku.Lalu aku bangun dan menarik perlahan tangan karina kemudian aku dudukkan dia dekat dengan Ezroy Reza.Reza terkejut dan bangkit manakala karina menundukkan kepala. Aku menarik nafas sedalam dalamnya "Dah berapa lama korang bercinta?Reza..... kau tak bagitau aku pun?".Aku memeluk tubuh."Apa yang baby cakap ni?".Aku senyum sinis."Masih nak tipu aku ke Reza?".Reza menelan air liur manakala karina berlagak tenang."Baby...".Reza mendekati aku dan menyentuh tangan aku."Dont touch me"."Baby dengar dulu .. i nak explain"."Ok , explain lah".
Reza memandang karina yang diam seribu bahasa lalu menarik nafas
sedalam yang mungkin."Biy,tak ada apa-apa hubungan dengan karina.Kami
macam sibling je".Aku menjongketkan kening."Oh really?Karina cakap
dekat aku lain.Kau pulak lain". Jantung reza berdegup kencang."Apa yang
... yang kau cakap kat ika huh karina?"Reza memandang wajah karina yang
menunduk.Aku menjauhi mereka dan mendekati tasik.
Aku hirup udara yang segar.Masih terngiang-ngiang kata-kata karina
kepada aku malam tadi "saya dengan abang reza dah 2 bulan bercinta.Saya
sayang dia dan dia sayang saya.Saya tahu dia bercinta dengan kak ika
tapi ... saya pun sayang dia.Kita sama-sama perempuan.Mesti kak ika
tahu perasaan cintakan kekasih macam mana kan?"."Karina tak fikir pulak
perasaan akak ? akak dah setahun tau dengan dia".Karina melutut di
depan aku bersaksikan Ila dan myrafy."Kak ika tolong lah putus dengan
abang reza.Saya sayang abang.Lagipun abang dah tawar hati dengan kak
ika.Dia dah tak bahagia dengan kak ika".Aku terdiam. "Reza cakap macam
tu?Memang bangang!!" ila mencelah.Keadaan sunyi serta merta."lelaki tak
guna hanya untuk perempuan tak guna.Kau ambil lah dia".
Lamunan aku terhenti apabila kedua-dua belah tangan ku berada di dalam
genggaman Ezroy Reza. Muka nya sayu namun sikit pun aku tidak endah.
Aku sudah tawar hati. "Baby..., biy biy nak mintak maaf.Biy tahu biy
salah.Biy curang.Im sorry sayang".Air mata ku mengalir laju di
pipi.Pantas reza menyeka air mata ku dengan jarinya.Dia membelai pipi
ku dengan penuh kasih.Ya...Allah derita nya aku apabila dia mengambil
berat. "Tak payah lah kau nak belai-belai aku.Perangai kau macam
taik!".Aku menolak perlahan tangan nya.Sayu saja suara
aku."Baby.............".Syahdu.
"Kenapa kau tawar hati dengan aku ? kau tak bahagia dengan aku ke
reza?"."No no . dont say that" reza mengunci mulut ku dengan jari
telunjuk namun aku tempis. "Biy tak pernah tawar hati dengan baby.Bie
bahagia bersama baby"."Habis tu karina bohong?".Keadaan sunyi.Aku
mendengus perlahan. "Oh i get it reza. I get it. Itu cuma alasan kau
untuk rapat dengan karina?Kau cakap kau tawar hati dengan aku. Get
it".Aku mahu melangkah pergi namun di tahan reza."Im sorry baby.I love
u and still".Aku terdiam.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. "Aku dah
tak bahagia dengan kau". Aku terus melangkah pergi.Sayup sayup
kedengaran suara reza yang memanggil aku.Namun aku hanya memekakkan
telinga.
Di dalam tandas awam aku mengeluarkan sony x peria ku.Aku mula menaip "dear
Ezroy reza yang saya pernah cintai , tq sebab pernah hadir dalam hidup
saya.Saya mengaku awak salah seorang yang mewarnai hidup saya.Saya
sangat berharap kita akan kekal tapi saya tahu itu mustahil.Sudah
terang lagi bersuluh kita .. kita memang tiada jodoh.Saya harap awak
bahagia bersama karina.:'(.Izinkan saya lupakan awak meski saya tahu ia
sukar.Mulai hari ini ........ saya dan awak tiada apa-apa hubungan lagi
dan saya juga tak berharap kita berkawan. Now , kita memang tak kenal
antara satu sama lain. Sadlife for me.Tq sebab pernah izinkan saya
untuk mencintai awak DAHULU.U are my memories".Punat hantar aku tekan.
♥♥♥♥♥
Sudah 4 bulan aku menjadi senior di SMK Seri Pinang . Sejak kejadian
itu , aku tidak lagi menemui Ezroy Reza.Dia hanya lah memori aku.Cerita
dari khabar angin tentang Ezroy Reza dan karina sering aku
dengar.Katanya , mereka sudah putus selepas kejadian antara kami
bertiga.Huhh bukan masalah aku.Banyak kali juga reza menghantar sms
maaf.Tidak cukup dengan itu , dia sanggup datang ke rumah aku.Huh namun
sia-sia sahaja.Aku keras hati dan tidak mahu berjumpa dia.Aku duduk di
meja belajar ku yang dipenuhi dengan icon comel hello kitty , reben dan
lolipop.Sehelai kertas aku tarik dari timbunan kertas yang lain.Aku
membuka laci meja dan mencapai pensil warna
dan pen warna-warni.Warna merah aku capai dan menulis sesuatu di atas
kertas.Aku cantikkan lagi dengan doodle-doodle corak hati yang sudah
terbelah-dua.Usai 'menyolek' kertas itu aku pin kan di soft board.
Ika sulaika - Ezroy Reza [ Dia yang kau pilih ]
setiap baris kata-kata yang ku baca bagaikan jalan hidup ku
Tiada lurus semua seolah ku hampa haruslah aku sesali
Bagai kisah kita yang surut selalu bilakan berakhir
Biarkan aku berundur jika itu yang telah pun tertulis
Jalanku tak panjang bersama dirimu
Jadikan dia terbaik kerana itu yang telah ku pilih
Biarkan diri ku membawa semua luka
Setiap kata kau ucap semua dusta pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata haruskah aku menanti
Kini kan berakhir ku tak kan berpaling relakan segala
Biarkan aku berundur jika itu yang telah pun tertulis
Jalanku tak panjang bersama dirimu
Jadikan dia terbaik kerana itu yang telah ku pilih
Biarkan diri ku membawa semua luka
~ Tamat ~
Carpen di atas hanya rekaan semata-mata oleh penulis blog ini .Tiada
kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.Sebarang
kesilapan atau kesalahan mohon ampun dan maaf.Saya hanya lah budak
sekolah yang tak matang =.=" . Semua yang di sebut di dalam DIA YANG KAU PILIH adalah wujud * ampun pada yang geli aku jadi karakter pertama yang konon nyaaaa ada boyprengggg ! Sweet couple ! Ini semua hak tuihhhh...* kecuali ezroy reza , karina dan Nazmi ♥ Dan ampun pada pengunaan bahasa yang salah . yuck !
Sumber : Youtube carian Shahir [dia yang kau pilih].
Sumber : Blog Liliyana Mardiana [memories]
0 comments on "Carpen : Dia yang kau pilih"
Post a Comment