Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan?
Iblis merupakan golongan yang berasa sukar dan sentisa merintih di
bulan yang Ramadan ini. Bagi golongan Iblis, Ramadhan ialah Bulan
Bencana kepada mereka. Iblis dan Syaitan dirantai di Bulan Ramadhan.
Berikut ialah Kisah Rasulullah dengan Iblis yang menerangkan 6 Sebab
Iblis Benci Bulan Ramadhan.
muka setan memang tahap setan. buruk!!!
Sabda Rasulullah saw:Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa di bulan Ramadhan kerana Allah swt?
Berkata Iblis:Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepada ku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut..
6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan
1. Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan maka akan memancarlah
cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan
bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.
2. Bagi orang-orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu
kurnia yang sangat besar dari Allah swt dan dosanya diampunkan, dan
begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah
pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukannya
tidak akan dicatit selama mereka berpuasa. Ini semua menyebabkan aku
berduka cita yang amat sangat!
3. Yang paling menyakitkan hati aku ialah semua isi langit dan bumi,
bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut, hatta
burung yang terbang di udara dan semua yang bernyawa akan mendoakan
siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang
yang melakukan ibadah puasa.
4. Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi
yang didapati oleh orang yang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh
Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab
neraka, demikian juga ditutup pintu neraka dan dibukakan pula pintu
syurga dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di
bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.
5. Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah
para Malaikat dengan perintah Allah swt untuk menangkap kami dari
bangsa Iblis dan juga syaitan, lalu dibelengu dan dirantainya kami
semua dengan rantai besi yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua
ke bawah bumi yang bahagian paling bawah sekali dan di azab dengan
seksa azab yang amat sangat! Seksaan ini akan berterusan sehingga semua
umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali.
6. Iblis dan syaitan dikatakan akan dirantai dan juga diseksa di dalam
bahagian bumi paling bawah sekali ketika bulan Ramadhan. Semua ini
dilakukan oleh Allah swt demi supaya kami tidak mengacau dan mengganggu
umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa
gembira dan lega ketika melakukan ibadah puasa tanpa gangguan daripada
kami, begitu juga di kala bangun untuk makan sahur di waktu tengah
malam, mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan
takut seperti mana di waktu bulan lain.
0 comments on "Inilah 6 Sebab Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan"
Post a Comment