Pages

Thursday, October 30, 2014

Carpen : Parasit kesayangan part 1

Posted by ika sulaika at 4:52 PM

Ei masamnya mangga ni! Sisa mangga yang tak sempat cecah perut dah aku muntahkan. Kak emma yang menghirup secawan milo tergelak comel. Brr. Ish ni yang buat aku nak jeling 6 hari!
"Kak emma kata mangga ni manis.Tak manis langsung!" aku mencebik
"Alaa okey lah tu. Kurangkan manis dalam mangga , tambahkan manis dalam senyuman.Macam gini ..." Kak emma manarik hujung bibir selebarnya.
"Walawei.Comel sangat lah tu" aku membuat gaya tangan di dada mata keatas (TDDMKA).

GEDEBUK!!

Kami sama-sama pandang ke arah bunyi itu. Abang Mikhail terjelopong di hadapan pintu. Lekas-lekas kak emma berlari anak menghampiri suami nya. Aku? aku hanya menghirup milo sambil menonton tv. Kalau boleh aku tak nak masuk campur urusan mereka. Kang aku yang diseligingnya. Simpang malaikat 44.
"Abang kenapa ni" kak emma cuba memaut bahu abang mikhail namun ditolak kuat sehingga kak emma tersungkur ke belakang.Aku yang sedang leka menonton tv beralih pandangan kepada dua laki bini itu.
"Arghh bukan urusan kau! uk uwekkkk ......." Abang mikhail yang mabuk termuntah didepan pintu. Kak emma menutup mulut sambil menepuk-nepuk belakang badan suaminya.Aku? Aku mencapai tisu di atas meja lalu aku koyakkan dan sumbat kedalam lubang hidung. Erh bau hanyir. Yuck!
"Woi busuk nak mampus.Sial lah!! Kau ni tak reti-reti nak lap mulut aku ke bodoh?!" Bergema seisi rumah dengan tengkingan abang mikhail. Ish tau pon busuk. Muntah kau jugak! Yang kau muntah dekat pintu tu dah kenapa. Memang harumlah ruang tamu ni. Kak emma bergegas kedapur untuk mengambil kain lap. Abang mikhail duduk bersandar di pintu sambil memerhati aku.
"Kau tak tahu malu ke malam-malam lepak rumah aku? Dah kene halau dengan mak bapak kau ke? Anak sundal! hahaha" abang mikhail menekan perut kerana ketawa mengilai. Aku menahan sabar.
"Kak emma ajak lily teman dia dekat rumah sebab dia takut duduk sorang-sorang.Ada laki pon tak guna. Lagi pentingkan arak dengan GRO dari bini sendiri" dush dush pedas.
"Ehh mulut kau memang puaka kan?! Bau babi! Kau balik sekarang.Balik!!!!" Abang mikhail membeliakkan matanya. Arghh tisu ni tak berkesan.Tetap juga terbau hanyir hamis.. yuck!
"Lily balik dulu lah.Lagipon abang mikhail dah ada dekat rumah. Kak emma dah tak takut" kak emma yang baru muncul dengan kain lap,mop dan sebaldi air mendekati suaminya.
Aku mengangkat punggung dan berjalan kearah pintu rumah. Nasib baiklah pintu rumah diaorang ni besar.Kalau tak memang wajib pijak muntah arak abang mikhail ni.Selisih malaikat 44!
"Lily balik dulu lah kak emma.Jumpa esok" aku melangkah keluar dari pagar rumah mereka setelah menyarungkan selipar jepun.
"Dah tak ada jumpa-jumpa lagi.Buat semak mata je" Abang mikhail menjerit dari dalam rumah. Aku mengeluh kasar.
******
Kek batik di dalam loyang dipotong empat segi. Lalu kek yang sudah dipotong dimasukkan ke dalam tupperware.
"Emmm sedap nya bau kek kak lily! Nak satu" Aqil merompak satu ketul kek batik di dalam tupperware. Ishhh meningkat terus suhu darah aku. Suka hati dia je nak rompak-rompak kek aku!
"Adik!!! Ambik lah yang dalam loyang.Adik ni peculik lah!" Aku memiat telinga Aqil sehingga kemerah-merahan.Aqil terjongkit-jongkit menahan kesakitan sambil merengus.
"Kak lily!! Ibu tengok ni kak lily buli adik" AQil menarik-narik telinganya.
"Lily" tegas suara ibu menegur ku.Ibu yang sedang memotong sawi memerhati kami sekilas.
"Alaa ibu.Adik ni! Suka hati dia je nak culik kek lily.Kalau nak sangat ambil lah yang dalam loyang.Kuih dalam tupperware ni untuk kak emma" aku terpaksa memotong lagi kek batik dan memasukkan ke dalam tupperware.
"Alah! adik culik seketul je.Akak ni macam singa lah. Garang tak bertempat. Umur dah 18 tahun pun nak main piat-piat telinga dengan adik yang baru 15 tahun ni.ehekehek" Aqil membuat suara esakkan budak kecil.Aku hanya menjeling aqil yang sudah berlalu. Suasana sepi seketika.
"emma mengidam nak makan kek batik ke?" Ibu bersuara sambil tangan masih ligat memotong cili merah.
"Ah ah. Semalam dia cakap teringin nak makan kek batik. Terliur dia tengok chef liza buat kek batik dalam tv.Tu yang mengidam". Penutup tupperware dicapai dan ditutup.
"Ohh Semalam mikhail balik lambat lagi ke?" Ibu memasukkan cili yang sudah dipotong kedalam mangkuk. Aku mengeluh. Kesian dengan nasib kak emma.
"Ah ah ibu. Setiap hari dia balik lambat.Semalam dia balik dengan mabuk-mabuk lagi! Lepastu siap mutah.Yuck! geli lily tengok.Kesian kak emma dapat lelaki macam abang mikhail.Tau buat anak je. Jaga bini TAK!"
"Nak buat macam mana. Dah laki dia. Nak tak nak , terima jelah dengan redha"
"Tapi lily kesian dengan kak emma. Lily tengok kak emma tak bahagia pon dengan suami dia". Aku duduk menghadap ibu.
"Ibu, kalau lily dah cukup umur ibu paksa tak lily khawin dengan pilihan ibu?"
"Kenapa nak tunggu cukup umur? sekarang pon ibu boleh khawinkan lily dengan Hairul ranggi hehe".Terbeliak mata aku mendengar.
"Ibu! Hairul ranggi tu buat apa.Dah lah pemalas.Nanti lily pulak kene tanggung dia hidup.Hish selisih malaikat 44".
"Dah tu kenapa tanya macam tuh?"
"Tak ada lah. Lily cuma tanya je. Lily tak nak terima nasib yang sama dengan kak emma. Kesian dia kene paksa khawin dengan pilihan keluarga.Langsung tak bahagia" ibu memandang aku.
"Lily , tak semestinya pilihan keluarga tu tak bagus.Ada je yang bagus! Perkara ni bergantung dengan individu tu sendiri. Bercinta 10 tahun pon boleh bercerai jugak. Baru kenal 10 hari pon boleh kekal 100 tahun jugak.Semua ni bergantung dengan individu tu sendiri". Aku mengeluh....
***
Kak emma rakus memakan kek batik yang aku bawa.Rakus macam raksasa.Terbeliak mata aku.Ya Allah.Muka je cantik tapi boleh berubah jadi macam kingkong. Remote control ku capai dan menukar channel TV9.
"Sedapnya kek batik lily.Sedap sangat" kak emma masih rakus menyuap kek batik ke dalam mulut.
"Kalau ye pon,jangan lah gelojoh sangat.Dah macam monster of kingkong.Nanti baby kak emma gemuk gedembol acane?" kak emma berhenti menyuap.
"Alaa kalau baby ni gemuk gederombolbol pon tetap kak emma sayang" kak emma memegang perutnya yang sudah 7 bulan mengandung sambil tersenyum.Aku mencebik.
"Thanks ok lily. Sayang lily sampai ketar-ketar" aku mengangguk sambil ketawa tanpa suara tetapi bergegar bahu.Apa orang kata? ketawa orang beriman! haha.
Seketika terdengar lagu slow down dari salena gomez.Kak emma yang sedang mengunyah kek batik dalam mulut mencapai telefon bimbit di tepinya. Senyuman manis terukir di bibir kak emma.Butang hijau di sentuh dan di loud speaker.
"Assalamualaikum" satu suara garau di hujung telefon.
"Walaikummusalam" jawab kak emma dengan senyuman.Aku hanya menjadi pemerhati.Hai laa buat apa lah di loud speaker. Kak emma nak bagitau secara psycology yang dia dah ada anak ikan ke.Haiya... skandal ke macam mana?
"Akak sihat?"
"Alhamdulillah sihat. Baby pon sihat. Aryan sihat?"
"Sihat Alhamdulillah.Akak buat apa tuh?"
"Akak tengah makan kuih batik ni.Ada jiran yang baik buatkan.Aryan nak tahu, nama dia Lily Isabella.Baru 18 tahun.Muda , cantik , bergetah pulak tuh"
"Ai ai akak ni nak cakap apa sebenarnya? -_- " aku memerhati kak emma yang tersenyum sinis ke arah ku.
"Hehe mana tau Aryan berminat nak ada awek baru. Boleh kak emma kenalkan".Amboi! lebih kak emma ni. erghhh
"Ish kak emma ni.Luku kang" kedegaran suara mendengus di hujung talian.
"Haha sampai bila Aryan nak berdendam dengan perempuan? Past is past. Bukan semua perempuan macam Dhiya.Lagipon akak takut Aryan tak laku je.Maklumlah , adik akak ni kan dah tua hikhok!"
"Eh eh akak ni kene kang.Akak pernah dengar tak lelaki ni makin lama makin tinggi saham dia.Makin banyak awek-awek nak.Lagipon Aryan baru 23.Muda lagi.Lebih baik akak nasihat dekat ... dekat... sapa nama dia tadi?"
"Lily Isabella"
"Hah! Lebih baik akak nasihat dekat lily isabella tuh khawin cepat-cepat.Makin lama di simpan makin murah harga dia.Hikhok!" Automatik aku menegak kan tubuh.Amboi dua beradik ni! mulut lancang serupa pailang. Kak emma ketawa berdekah.
"Ishh mulut Aryan ni tak ada insurans ke? Akak tengah loud speaker ni tauk! Lily ada dekat depan akak tauk! Llily dengar semuanya tauk!"
Senyap suara di hujung talian
"Ok lah kak.Aryan ada kerja sikit.Nanti Aryan call lagi ok.Tata" bip bip bip
Aku menjeling kak emma namun dia hanya ketawa.
***
Rambut dibiarkan lepas beterbangan di udara. Aku menghirup udara malam sambil tangan ligat bermain game hello kitty saloon. Oh oh yes!! 18 ribu untuk hari ke 124.Uhui tahniah lah hello kitty and other friends. Ini lah masa nak upgrade tempat nail polish.Butang shop di tekan dan aku meng'upgrade'kan tempat nail polish dengan harga $8000.
"Woi,anak dara apa ni lepak atas bumbung kereta".Paha ku ditepuk seseorang lantas secara automatik aku duduk.Mata di hala ke sebuah figura tubuh yang sangat aku kenali.
"Eh eh kau ni dah tak reti beri salam ke macam mana.Nak aku luku?"aku bercekak pinggang sambil kepala meniru aksi kaum india ketika bercakap.Kejap ke kiri kejap ke kanan.Laju pulak tuh! Lantas aku turun dari bumbung kereta. Gadis itu hanya tersengih.
Langkah ku hala ke kerusi yang diperbuat dari batu di laman rumah.Gadis itu hanya membuntuti aku dari belakang.
"Kau baru balik kerja ke" tanya ku sambil menekan butang pangkah di skrin telefon.
"Tak lah baru.Dah lama jugak" aku dan gadis itu mengambil tempat di atas kerusi.
"Dah tu tak reti-reti nak berehat? Asyik lepak sini je.Malam pulak tuh.Abah kau tak marah ke?" tanya ku dengan nada gurau.
"Eh eh macam nak halau aku je.Lagipun rumah aku depan rumah kau je kod?"
"Astagfirullahhalazim Irdina.Tak kan lah gua nak halau lu. Gua cuma tangkap leleh je tengok muka lah dah macam zombie! ada erti?" Irdina mencebik.
"Hok aloh! haruk mu! Sezombie-zombie gua ni pon fulus masuk banyak cute. Lu apa ada jah!" Irdina mengangkat-angkat kening.Ish!
"Bazir! Fulus buat topup anak ikan lu , apa barang" Irdina menahan geram.
"Jeles ke macam mana?" Irdina menduga
"Buat apa nak jeles?" aku memandang wajahnya denga berkerut
"Sebab tak ada anak ikan nak lekat kasik ketat dengan sugar mummy macam lu! Hahaha"
PUK! satu luku istimewa aku hadiahkan di atas kepala Irdina.
"Wakdoi! sakit doe" Irdina memegang kawasan jajahan tulang jari aku.
"Hahaha derhaka lagi dengan aku" Irdina hanya mencebik.
 "Lily,Actually aku datang ni bawa hajat"
"Apa dia?"
"Kau tak nak fulus ke? kat tempat kerja aku ada kosong. Kerja lah. Semua budak-budak lepas SPM dah kerja tauk! Kau je tak ada function"
Aku berfikir sejenak.
"Alaa aku malas lah. Kalau boleh aku nak lepak rumah je.Boleh tunggu prince charming datang meminang hikhok"
"Perasan! Pakaian kecik kau pon mak kau basuh, ada hati nak khawin"
"Amboi mulut tu dah tak nak guna lama ke?" aku mencebik.Ish ini semua fitnah belaka.
"Alaa jom lah. Sebulan RM 1000 lebih dalam tangan tuh!"
Tengok dul......"
BANG KEDEBUNG PANG PANG
Aku dan irdina saling berpandangan.Bunyi tu ... bunyi apa? Macam bunyi barang jatuh pun ada. Aku memandang Irdina.
"macam..... macam dari rumah kak emma!" Irdina bersuara dan aku mengangguk. Cepat-cepat aku dan irdina mendekati pagar rumah kak emma yang hanya berselang dua buah dari rumah Irdina.
PANG PANG PANG
semakin kuat bunyinya. Aku dan irdina berpandangan.Kami hanya bertenggek di pagar rumah kak emma.
"Abang....sakit! Jangan lah pukul emma lagi. Emma tak ada duit" kedengaran suara kak emma merayu-rayu dari dalam. Aku dan Irdina cemas.Pukul? kak emma kene pukul ke? Ya Allah! Kak emma dah lah tengah mengandung.Suara bising dari rumah kak emma juga menarik perhatian jiran tertangga yang berdekatan. Mereka turut keluar rumah dan berkumpul di hadapan pagar rumah kak emma. Pak Abu meluru masuk ke halaman rumah mereka diikuti beberapa lagi orang lelaki.
TUK TUK TUK
"Mikhail kau bukak pintu ni sekarang! Mikhail!!!" Pak Abu meninggikan volume suara tuanya.
"Jangan masuk campur lah orang tua!" Kedengaan suara abang Mikhail menjerit dari dalam rumah. Aku dan irdina ketakutan.Harap-harap tiada perkara buruk berlaku pada kak emma dan babynya.
Pak abu memberi isyarat mata kepada lelaki-lekaki di sekelilingnya. Mereka mengangguk tanda faham.Dengan kiraan 123 , mereka menendang pintu untuk merempuh masuk. Beberapa kali cubaan di buat dan akhirnya pintu terkuak kasar.
"Ya Allah Mikhail.Bini kau tu.Cuba bawak megucap!" Pak abu terus melulu masuk ke dalam rumah bersama beberapa lelaki.Ibu dan ayah yang baru tiba mencuit bahuku. Aku menoleh ke arah mereka dan mengeleng lemah. Beberapa saat kemudian , kedengaran suara Abang mikhail berselang seli dengan suara lelaki-lelaki menjerit-jerit seperti berlaku pergaduhan. Terdengan juga bunyi pasu pecah diatas lantai.Aku menutup mulut.Takut! Beberapa saat kemudian , lelaki-lelaki itu membawa Abang Mikhail keluar dari rumah. Semua memegang tubuh abang mikhail yang sedang meronta.
"Lepas lah bodoh.Lepas!!" Abang mikhail menjerit.
"Tolong call polis , Razak" Pak Abu berbicara dengan ayah aku.Dengan segera ayah mengeluarkn telefon bimbit dan mendail nombor rasmi polis.
Aku,ibu,irdina dan beberapa lagi ibu-ibu masuk kedalam rumah kak emma.Ya Allah semua barang berterabur dan beratakkan.Ada pecah,ada juga titisan darah.Tapi kak emma tiada di ruang tamu. Kami mencari kak emma di seluruh rumah.Emma!! Emma!! Semua orang memanggil-manggil kak emma.Namun batang hidung pun tak kelihatan.
"Dekat sini.Emma dekat sini!"Jerit Cik Bedah lantang di ruang dapur.Aku berlari anak ke ruang dapur.Masya Allah.Kak emma ada di bawah singki.Kak emma menangis-nangis keesakan.Cik bedah dan cik jemah menarik keluar kak emma dari ruang sempit itu.AKu hanya menutup mulut.Kesiannya kak emma.Badannya penuh dengan luka-luka kecil dan calar balar. Kak emma memeluk cik jemah sekuat hati.
***
Sejak kejadian seminggu itu,kak emma duduk menumpang di rumah irdina. Jika mahu balik ke rumah ibubapanya seperti tidak logik.Ibubapanya sudah meninggal dalam kemalangan jalan raya genap selepas 2 bulan kak emma berkhawin.Sekarang ini hanya tinggal seorang sahaja warisnya iaitu adik lelakinya.Aryan Amsyar!.Itu pun dia masih menuntut di Uitm dalam jurusan undang-undang di terengganu.
Aku duduk dipangkin halaman rumah irdina bersama dengan kak emma. Irdina tiada di rumah kerana bekerja di sebuah kilang sebagai kerani sementara menunggu keputusan SPM.Cik jemah iaitu ibu irdina sedang bertarung dengan sudip dan kuali demi memasak mi goreng basah.
"Kak emma dah ok?" aku mengopek kulit pisang.
"Dah!" pantas kak emma menjawab lalu meminum air sirap bersama senyuman.
Aku meneliti kesan calar balar ditangan kak emma.Alhamdullilah semakin pulih. Abang Mikhail kini ditahan di balai polis kerana mendera isterinya.
"Kak emma tak beritahu adik kak emma ke?"
Suapan anggur kedalam mulut kak emma terhenti.Lama.Senyap.Kedengaran suara kak emma mengeluh.
"Kak emma ok?" rasa serba salah pulak mengutarakan topik ini.
"Kak emma ok.Lily janganlah risau" jawab kak emma lemah. Aku hanya berdiam. Buah anggur aku ambil dan masukkan kedalam mulut.
***
Kak emma membuka mangga pada pintu rumahnya. Katanya ada sesuatu yang dia mahu beri pada aku.AKu hanya membuntuti langkahnya kedalam rumah.
"Lily jom ikut kak emma masuk bilik" Aku mengangguk.
Tombol pintu dipulas dan kami masuk kedalam bilik itu.Bilik yang ringkas.Hanya ada katil bersaiz king,almari pakaian dan meja solek.AKu duduk di birai katil manakala kak emma membuka almari pakaian. Sebuah kotak bersaiz sederhana diambil lalu kak emma menghampiri aku di birai katil.Aku hanya memerhati.Selepas memaka buah-buahan dipangkin rumah cik jemah, kak emma mengajak aku menemani kerumahnya.Aku hanya menurut.
Kak emma duduk dibirai katil dengan perlahan lalu tersenyum kepada aku. Aku membalas senyumannya sambil mata asyik melihat sebuah kotak di tangan kak emma. Kak emma membuka penutup kotak itu.
"Lily tengok lah apa yang ada kat dalam ni.Kak emma nak pergi stor belakang sekejap".Kak emma bangun dan keluar dari bilik ini. Aku hanya melihat kak emma yang sudah tiada dibalik dun pintu. Isi kotak aku bongkar.Ada rantai , ada gambar-gambar budak kecil lelaki dan budak kecil perempuan, ada kad-kad raya , ada beberapa helaian kertas dan ada juga beberapa lagi barang.Aku membelek rantai itu.Cantik! Kalungya berbentuk 3 tangkai bunga mawar.
"Cantik kan rantai tu?" Kak emma muncul di sebalik pintu sambil tersenyum manis. Aku hanya mengangguk.Kak emma melabuhkan punggungnya diatas katil.
"Rantai siapa ni kak emma?" aku bertanya. Cantik rantai ini.Jarang aku jumpa rantai berloket 3 tangkai bunga mawar! bunga yang masih segar ditangkainya yang berduri.Kak emma terseyum manis.
"Rantai kak emma" jawab kak emma tersenyum lebar.
"Ohhh cantik! Kenapa kak emma tak pakai?" kak emma terdiam sekejap.
"Kak emma takut Abang Mikhail jual" lemah suara kak emma. Aku pula diam tak berkutik.
"Barang-barang dalam kotak ni pun kak emma punya ke?" kak emma mengangguk.
"Lily.Kak emma ... kak emma tak tahu nak cakap macam mana" kak emma kegelisahan.
"Kak emma ok ke tak ni?" kak emma mengangguk laju.Mata nya menusuk kedalam mata aku.
"Kak emma nak lily janji something boleh?" air mata kak emma sudah bergenang. Aku kelu dan tanpa sengaja aku mengangguk.Eh apasal aku mengangguk? mati aku kalau kak emma suruh buat benda bukan bukan ke kan? siapa tahu! Eh ishh Astagfirullahhalazim.Tak baik lily , tak baik buat fitnah! Aku mengigit hujung lidah.
"Apa yang something tuh" kak emma memandang wajahku.Dia menahan esakan kecil.
"Lily.Kak emma harap apa yang kak emma kan cerita ni , lily simpan ye.Janji?" aku mengangguk.Mengangguk ikhlas ok!
"Sebenarnya kak emma memang dah selalu kene pukul dengan abang mikhail".Aku menutup mulut.Ya Allah teruknya.Dayus!
"Sejak bila kak emma?" geram pula aku dengan jantan dayus tu.
"Sejak sebulan kitaorang khawin.Lily tau kan Kak emma kene paksa khawin dengan abang mikhail? kitaorang kene khawin sebab kitaorang kene tangkap khalwat." What khalwat? khalwat yang K.H.A.L.W.A.T tu ke? aku merenung wajah kak emma. Kak emma sudah banjir air mata.
"Tapi bukan salah kak emma.Abang Mikhail dah terus terang dengan kak emma yang semua ini rancangan dia sebab dia sakit hati bila kak emma tolak pinangan dia.Kak emma waktu tuh bercinta dengan orang lain.Irfan nama dia.Tapi kak emma kene khawin jugak dengan abang mikhail lepas jiran setaman tangkap kami berdua-duaan di rumah ibubapa kak emma.Kak emma tak salah lily.Kak emma tak salah.Abang Mikhail yang rancang semua ni.Dia tahu yang malam tu ibubapa kak emma tak ada dekat rumah.Dia masuk secara senyap dan cuba rogol kak emma.Tapi ... tiba-tiba... jiran tertanggan dengan JAIS datang serba kitaorang.Abang mikhail yang telefon JAIS! Dia perangkap kak emma!! Dia perangkap!" Terhinjut-hinjut bahu kak emma. Aku kaku tak berkutik.Ya Allah beratnya ujian kak emma.
"Lepastu?" aku bertanya. Dengan suara serak basah kak emma manyambung cerita.
"Lepastu kitaorang khawin. 2 bulan lepas kitaorang khawin ibubapa kak emma mati kemalangan. Tapi bukan kemalangan biasa" aku mengerutkan dahi.
"Maksud kak emma?"
"Semua ni rancangan abang mikhail.Kak emma tak tahu apa lah yang dia buat kat enjin kereta ayah kak emma.Tau - tau je diorang dah kemalagan.Abag mikhail mengaku yang dia penyebab ibubapa kak emma mati". Kak emma menghulurkan satu keratan akhbar berita harian.Aku mengambil dan membaca tajuknya. SEHIDUP SEMATI DI DALAM GAUNG CURAM. Aku menitiskan air mata.Tangan ku genggam. Aku bingkas berdiri.
"Apa masalah abang mikhail?! Kenapa dia jahat sangat. Dia tak ada otak ke. Dah tak boleh fikir secara waras. Dah perangkap kak emma , dah bunuh ibubapa kak emma.Pukul kak emma! Lepas ni apa? apa?! Abang mikhail memang dah gila! Gila!!" aku menangis teresak-esak begitu juga kak emma.Kesian nya wanita ini. Ujian nya sungguh berat.
"Dia memang gila lily. Sakit mental"
"Memang! Abag mikhail tu memang dah gila! Gila!!"
"Lily.kak emma serious.Abang Mikhail memang sakit mental.Dia penghidap sakit mental".
Aku terdiam.
"Kak emma terjumpa ubat kurangkan stress dan Surat-surat appoiment pakar psikoterapi.Jadi kak emma decide nak jumpa dengan pakar psikoterapi abang mikhail tanpa pengetahuan dia.Disebabkan kak emma isteri abang mikhail jadi pakar psikoterapi tu bagitau segalanya tentang abang mikhail". esakkan kak emma sudah berkurangan.
"Apa yang diaorang bagitau?" tanya aku sambil melabuhkan punggung di birai katil.
"Abang mikhail dah lama tertekan dengan hidup dia.Ayah dia penagih dadah.Selalu ayah dia pukul ibu dia sebab ibu dia enggan beri duit untuk beli dadah.Abang makhail cuba dapat tengok ibu dia kene pukul sebab dia tak berani.Waktu tuh dia budak-budak lagi.Tenaga dia tak sekuat ayah dia.Tapi bila dia dah awal remaja , dia pun jadi mangsa penderaan ayah dia. Ayah dia paksa dia kerja padahal waktu tuh dia baru 14 tahun! Bila tak ada duit nak bagi ayah dia , dia mesti kene pukul! Ibu dia pun kene pukul sebab nak lindungi anak tunggal yang dia sayang. Sampaikan suatu hari ibu dia meninggal sebab ada komplikasi organ dalaman. Sejak hari tu , makin selalu pulak abang mikhail kene pukul.Tapi tak lama pun.Ayah dia mati kene bunuh.Jadi orang kampung hantar dia dekat anak-anak yatim.Dia budak baik tapi lepas kejadian ibu dia meninggal dia jadi semakin baik pulak.Sampai taknak cakap apa-apa.Diam memanang".
"Abang Mikhail hisap dadah jugak ke?" kak emma mengeleng.
"Tak.Dia tak hisap dadah.Dia benci dadah.Benda tu cuma buat dia teringat dekat ayah dia.Tapi dia minum arak.Kalau tak ada duit nak beli arak,dia akan pukul kak emma sebab nak lepaskan geram.Dia tak ubah macam ayah dia.Pukul bini disebabkan benda haram tuh!"
"Kak emma tak ada solusi ke nak sembuhkan abang mikhail?"
"Abang mikhail tak tahu pon yang kak emma tahu dia penghidap sakit mental"
Aku mengangguk lemah
"Lily.. lily boleh tolong kak emma tak?" kak emma memandang anak mata ku.
***
Sudah sebulan kak emma tinggal di rumahnya sendiri.Katanya itu rumah dia.Syurga dia.Jadi keluarga cik jemah akur meskipun berat mahu melepaskan kak emma bersendirian. Maka aku selalu bertandang ke rumah kak emma bergilir-gilir dengan irdina.Pagi sampai petang aku menemani kak emma.Manakala irdina akan tidur di rumah kak emma. Sekarang ini , aku sudah berjinak-jinak dalam perniagaan menerusi talian.Ada lah sikit pendapatan dari mengambil tempah pembuatan kad perniagaan. Tak lah aku buang masa sangat. Aku membalas wasap seorang blogger yang ingin menempah kad perniagaan kasut-kasutya.
Setelah adengan tawar menawar harga , blogger itu pun bersetuju untuk menempah kad kepada aku. Alhamdulillah rezeki masuk banyak cute.Aku masih berbaring di katil dan mata memandang syiling bercat warna maroon. Ting! idea mari. Aku bingkas bangun dan menapak ke meja kerja ku di suatu sudut. Laptop di buka. Aku mula melayari internet.
PUNCA SAKIT MENTAL.Search!
Satu persatu laman aku buka.Banyak faktor-faktor yang menarik perhatian aku. Dan mata ku tertacap kepada satu perenggan ayat.
Selain itu, pengalaman lampau yang ngeri juga merupakan salah satu faktor kepada tekanan mental. Keadaan ini biasanya wujud pada mangsa tragedi ngeri atau menakutkan. Akibat daripada tragedi tersebut, mangsa sering dihantui perasaan bercampur-campur. Jika mangsa merupakan seseorang yang diam dan tidak suka meluahkan perasaan, maka dia akan mengalami depresi dalam jangka panjang. Mereka akan berasa fobia, takut dan boleh bertindak terburu-buru tanpa keupayaan untuk berfikir dengan nasional. Pengalaman yang terlampau seperti dirogol atau dibuli mungkin menyebabkan seseorang hilang kewarasan kerana terlalu tertekan. Dengan itu, pengalaman yang dashyat mungkin menyambung kepada desakan mental.
Aku memandang kotak yang kak emma beri pada aku.Aku mengeluh.
"Lily janji dengan kak emma yang lily akan tunaikan permintaan kak emma ni?"
"Kak emma kenapa cakap macam ni?"
"Kita tak tahu apa yang aka jadi akan datang kan? Kak emma takut kalau kak emma lambat bagitau benda ni.Kak emma takut kalau kak emma pergi dulu...." kak emma sebak.
"Kak emma! Dah jangan cakap bukan-bukan lagi. Lily tak suka!"
"Lily,tolong janji...."
"Kak emma ........ lily tak suka.."
"Lily please" kak emma memandang mata aku. Aku tak sampai hati nak kata "NO".Tak sampai hati.Tubir mata kak emma sudah bergenang.Aku menarik nafas perlahan dan mengangguk.
***

0 comments on "Carpen : Parasit kesayangan part 1"

Post a Comment

 

IKA SULAIKA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal