Pages

Sunday, June 30, 2013

Aku bukan budak pandai pon :P

Posted by ika sulaika at 11:14 PM 0 comments



Macam tak percaya je aku amek Sains Tulen . Betul ke benda tu yang aku nak jawab SPM nanti ? Adoi . Aku bukan nye rajin sangat nk study pulun2 . Nak buat nota . Nak siapkan latihan . Nak bagi tumpuan dekat kelas pon .... alahai~ Dah tu kenapa aku amek sains ? Honestly , dari sekolah rendah aku lembab . Susah betul nak masuk. Walaupon aku dapat 6A masa PMR tapi aku macam tak bangga sangat . Aku rasa .. aku top 10 kod tahun lepas *perasan* . Ye lah , aku ni tak macam budak 6A .Kawan-kawan aku yang dapat 5A ke bawah pulak yang cerdik.


Kedudukan aku dalam kelas masa ujian 26/30 !! 5 terakhir . Gila kan . Yang pertengahan tahun , aku dah kumpul 4 gagal !! Sampaikan aku terfikir , budak2 sekolah lain jawab kertas soalan macam tadika punya ke . k . Tak logik . Aku tengok , markah budak2 sekolah lain tinggi2 sedangkan sekolah aku so so ok ! Honestly , 2 bulan pertama aku tak belajar sangat . Kerja nak berangan je . Freshie yuck ! April-Jun aku belajar macam biasa tapi tak sungguh2. Adakah aku sedang honeymoon ?


Warghhh !!! someone tolong maki aku . k . tak puas lagi . Tolonglah~ . k . Jangan maki . Hati aku ni lembek je . Makkkkk Ayahhh tolong marah akak . Tolong hanger tangan ni . Tolong cubit kulit ni . Tolong tonjol kepala ni . K . Tak baik tonjol2 kepala . huhhhh ....




Aku malu nak cakap . Tapi aku akan usahakan untuk kredit subjek sains tulen. Yup ! Aku akan usahakan untuk dapat B+ ke atas untuk 4 subjek asas . Tapi , subjek kira2 ? nangis . Aku tak suka nombor . Aku tak suka kira2 . Aku tak suka duit . Duit buat aku boros . Benci kedai jajan . Benci makanan kantin . Benci van putih depan sekolah . Benci kedai makanan . errr nangis . Nak tahu tak , aku pernah nangis sebulan sebelum UPSR dan aku pasti aku akan nangis jugak sebulan sebelum SPM . Alasan yang sama . Nombor !!


Aku ... aku ... aku ... fuhhh. Aku takut Hari Perjumpaan Ibubapa and Guru . Aku takut cikgu cakap

" sulaika ni kat kelas tak nak belajar sangat . Asyik berbual je kat belakang tu . Homework pon tak siap . Cikgu2 dah complain markah dia . Rendah!! Saya ni .... saya ni dah penat menegur dia . Suara dia ketawa boleh sampai meja guru yang kat depan ni . Padahal dia duduk paling belakang" .

 Walaupon mak aku dah tahu perangai aku kat sekolah =.=" . Aku pon takut kalau mak cakap " sulaika tu kat rumah tak nak belajar sangat . Asyik main internet. Penat saya membebel , cikgu. Apa lah yang patut saya buat lagi? lipat kain , basuh baju , sapu rumah pon malas "


Takut ~



Aku macam binatang ni ke ? Eh takkkk . Binatang ni bagai lembu di cucuk hidung . Kalau aku kene cucuk .. dekat situ jugak aku tampar . Jangan ingat aku lembek , aku tak boleh buat ~ k . Aku memang tak boleh buat . Booooo ~



Saturday, June 29, 2013

Hantu nak bergurau

Posted by ika sulaika at 5:30 PM 0 comments

Copy from my private blog (last) entry ni macam selekeh sikit huhu



Bulan Mac 2013   


Aku dan icha datang lepak dekat rumah Lisa sebab nak buat homework. Waktu tu macam-macam kita orang berbual padahal tujuan datang tu lain. Hewhew . Dekat rumah dia yang besar tu cuma ada mak lisa , abang lisa , kucing-kucing lisa , lisa , aku dan icha . Peh berapa lisa aku dah taip ni? whatever . Pada hari itu Lisa belanja aku dengan icha minum ice-blend.Maka sebelum sampai ke rumah lisa , kami pergi beli ice blend dulu. Sudah pasti horlick bersama pearl dan ais-krim serta taburan berbutir coklat menjadi pilihan.

Sedang minum ice-blend , abang lisa datang nak ngencek ice-blend lisa sebelum dia pergi kulai dengan kawan dia.Lepas dia dah pergi tinggal lah beberapa ketul manusia dalam rumah itu.It mean cuma mak lisa ada dalam rumah dan kami ada di halaman rumah dia , tak lama tu perut aku memulas. 'aik,tak kan nak eyakkk pulak' desis hati aku. Aku cuba tahan sebab aku tak suka berlabuh dekat rumah orang. Apa-apa pun rumah ku syurga ku.Tak lama tu aku rasa macam tak boleh blahhh tahap nak ter-eyakkk dia.

"Lisa nak tandas" aku dah buat muka tak tahan.Dia teman lah aku ke tandas dia yang paling belakang yang di khaskan untuk eyakk sementara icha masih duduk dekat halaman.Tak menyempak betul aku masuk tandas.Lisa ada dekat dapur yang bersebelahan dengan tandas.Perlabuhan pertama memang nikmat.Lepastu aku isi air dalam baldi.Aku dengar lisa cakap "dah siap ke belum" tapi aku tak jawab sebab terasa nak eyakk lagi.Aku berpendapat waktu tu dia dah keluar sebab aku lama sangat.Bila aku keluar tandas , lisa tak ada . Yang ada cuma kucing hitam lisa.Aku buat derk je keluar rumah.

Aku tengok lisa dengan icha berbual.Aku pon berbual sama.Tak lama tu aku cakap "lisa , tadi aku dengar kau kata dah siap ke belum hehe.Aku sakit perut lah.Tak sempat nak jawab".Then , lisa dengan icha diam.Aku pon diam arr.Mungkin aku kacau daun kod sebab diaorang tengah cerita best best aku masuk kan pulak cerita without point. Sekali , lisa cakap "aku tak teman kau lah , ika.Lepas aku hantar kau , aku terus pergi sini"


Jeng jeng jeng ........




 
Hantu ni nak bergurau masa aku beyakkkkk ? Eii ngada hangat tau iye tu


Penulis oleh :

Friday, June 28, 2013

First post for third blog

Posted by ika sulaika at 11:06 PM 0 comments



Cantik tak blog ni ? penat nya edit blog ni tau ! Ok lets start . Url blog ni babypinkbabyblue.blogspot.com . Nama blog ni Minnie Girl Diary online . Actually malu nak pakai 2 nama tu tapi tak pe lah . Sesuai lah dengan kebudak-budakkan aku. Ini blog ketiga. lets say jyeahhh ! Aku tak kan bagitau sapa2 about blog ni . Sapa jumpa , rezeki dia lah tu . First blog dah padam . Second blog private . Third blog public . Ni semua kerja Dzul Hakim hehe . Kalau tak disebabkan dia minta tolong aku buatkan blog sukan dia , takde nye aku rajin buat blog childish aku ni hehehe . Thanks bro ! Aku pelik kan ? Mak aku cakap , aku obses dengan blog . Mana ada . Aku cuma suka menulis je . Suka . If karangan ..... emmmm . Eh one more thing , some entry dekat second blog akan aku copy masuk sini if bersesuaian. Warning !!! perkara rahsia aku tak tulis kat sini err :P 

k bye



 

IKA SULAIKA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal