Pages

Sunday, December 29, 2013

Mimpi ngeri

Posted by ika sulaika at 11:55 PM 0 comments

2 malam lepas dalam pukul 9.00 am , aku tersedar dari mimpi. Mimpi yang pada aku agak ngeri! seriau! ngilu! yuck! dan puih-liss lah! Tak sanggup mak nak bukak pekung kat jah-jah kesayangan semua. *lol guwa mana ada regular reader uwekk* Ok back to normal *menyampah pulak ngada-ngada*. Ok! Sambung balik. Dekat sini aku nak jujur lah ya. Aku cukup tak suka doktor gigi. Cukup-cukup tak suka. Sorry XD. Nak tau sebab apa? Meh mak habak kat jah. Dalam hidup aku , lebih kurang 7 kali gigi aku kena tampal. Ya! Mak tak tipu. 7 kali. Nak aku repeat? Tak perlu kod.

Ini semua salah aku! *aku rasalah*. Gigi aku banyak lubang dan limpahan gemerlapan yang tak bersinar sebab buruk! Ada empat tempat yang 'penuh'. Ya! Lawak. Lawak sangat. Ini semua disebabkan aku kuat makan jajan , atau , aku pemalas gosok gigi , atau , gigi aku lembik. Well semua ni kesilapan masa zaman budak-budak. Gigi aku rosak wuwuwu :'( Jadi dah tujuh tahun aku asyik kene tampal gigi. Kalau tampal macam tu je , mak tak kesah jah. Masalahnya , DR.Gigi tu korek korek korek kasik dalam. Tak cukup dengan tu , DR.Gigi tu hunus gigi aku pakai alat dia yang bising nak mamp. Dia tebuk2 gigi aku macam tupai tebuk kacang. Mana tak sedih?! Sakit tau. 7 tahun lagi! Mau tak aku fobia. huhhh.

Jadi dari situ aku tak suka DR.Gigi.Ohh come on pak doktor! Apa kau fikir bagus? Dah lah tampal tak kuat lepastu tampal lagi. Bila tanggal kau tampal lagi? Sakit wei! *dush! dush! dush! Tak kenang budi langsung*. Tapi kan , pernah sorang nurse ni cakap gigi aku memang jenis tak kuat. Waktu tuh kali keenam nak kene tampal kod. Well Puan Nurse , kau cakap gigi aku tak kuat kan? Maksud tersirat kau adalah gigi aku jadi macam gini BUKAN sebab kuat makan jajan atau pemalas gosok gigi kan. Tapi sebab gigi aku tak kuat kan. Jadi bukan salah aku lah kan? kan? KAN? good nurse! Nampak. Baikkan aku XD

 erk ?!

Jadi 2 hari lepas dalam pukul 9.00 am *anak dara seriously? 9??**Shut up sound!*
Aku telah bermimpi secara drastik yang tak ada permulaan sebab tetiba je dah klimaks , aku gerak gerakkan gigi aku. Macam kunyah tapi aku tak kunyah apa-apa. Apa sengaja buat macam tuh. And guess what?! I tell u ya , gigi aku mudah tercabut. Dalam bilangan yang banyak. Seriously , banyak! Aku boleh cakap , tinggal gigi depan dengan beberapa ketul gigi geraham je. Sakit doe! -_-  Ok actually tak sakit sangat. Rasa macam benda tu tanggal tapi tak sakit. Lepastu ada beberapa ketul gigi yang dah nak tercabut tapi liat sebab tersangkut dengan gusi sikit. DAN , aku pergi pusing gigi tu? Bayangkan betapa sakitnya. Ok yang pusing-pusing nih aku rasa sakit. Lepastu , aku tengok gigi geraham aku dekat cermin. What! gigi geraham yang ada hitam2 limpah ruah tu cuma ada gigi je? I mean , dekat tengah2 boleh nampak dengan jelas GUSI! woah gila seriau! Pastu aku pun terjaga sebab .... sebab .... errr ada tangan tepuk ganas vontot aku? heh!

Then malam yang lepas , aku sedang syok baca sebuah novel ni. And guess what jah kesayangan? Huhhhh ... heroin dalam novel tu mimpi gigi dia tercabut sebatang. Dan dia kata "Qis tak sedap hati lah papa. Qis kata macam ada benda buruk berlaku kat papa nanti. Huhh tak payah lah pergi jepun. Qis tak izikan papa pergi sana". Errr adakah maksud dia malapetaka?! God. Dah lah gigi aku tercabut banyak. Tapi , aku malas lah nak fikir. Aku cuma fikir mungkin Allah bagi warning sebab anak dara bangun lambat sangat lah tak macho. Perlis lah anak dara sekalian. Yeah. Insya-Allah tak ada apa-apa yang akan berlaku.

Aku decide nak tulis entry ni sebab aku teringat seorang arwah bernama Yasmin J hunwick. Kisah dimana dia mimpi ngeri dan dia sempat tulis dekat dalam blog dia. And guess what? 2 atau 3 bulan lepas tu dia meninggal. Innalillahhiwainnalillahhirojiunnn. Aku harap nasib aku tak sama macam dia. Dia tak sempat ambil spm pon. Kalau arwah masih hidup , mesti dia dah berumur 18 tahun. Memandangkan nak dekat new year dan aku tak update blog lebih 10 hari , jadi entry ini akan jadi entry terakhir untuk tahun ni. TERAKHIR! :) 


Nah aku sertakan mimpi Arwah Yasmin J hunwick [KLIK SINI]

Saturday, December 14, 2013

Background blog dari google

Posted by ika sulaika at 3:49 PM 0 comments


Nak masukkan gambar justin bieber , G dragon , kwon yuri , bear omey omey , gambar korang sendiri, gambar hello kitty,gambar bunga,pantai sebagai background blog ?
Tapi tak tahu macam mana?
Sebab korang selalu guna dekat glitter graphic je?
Oh papa!
OK jom lah aku tolong korang

 Cara-cara nya :

1.Dashboard > layout > add a gadget > HTML/Javascript
2.  Copy code dekat bawah ni dan paste pada ruangan html/javascript:-
<style>
body {
background-image: url('MINI IKA SULAIKA YAZID');
background-attachment: fixed;
background-repeat: repeat;
}
</style>
 3.Cari apa-apa gambar yang korang nak dekat GOOGLE
 contohya :-

http://makincuteblogs.com/shop/content2/7696/thumb2.jpg http://makincuteblogs.com/shop/content2/7701/thumb2.jpghttp://makincuteblogs.com/shop/content2/7699/thumb2.jpghttp://makincuteblogs.com/shop/content2/7698/thumb2.jpg 
( terpulang nak gambar apa)

4. click pada gambar yang korang nak.
5.Keluar satu page
6. right click pada gambar yang korang nak dan pilih view image
7. copy link dekat bahagian atas , contohnya :-

http://designbybittersweet.com/wp-content/uploads/2013/12/il_fullxfull.3441434981.jpg1-265x265.jpg

8.Paste dekat code atas tadi.Padam yang aku tulis MINI IKA SULAIKA YAZID dan ganti dengan copy link korang.
9.Save 

Senang je kan. Then korang pon boleh view blog korang. Selamat berjaya ;)
Untuk blog ini , aku guna background yang ini ;-

http://1.bp.blogspot.com/-vDJjTeAeXx0/TtmpXYz2d6I/AAAAAAAAAe0/U_2fV4pPODA/s320/LG_SpringForwardBlogBackground.jpg 
http://1.bp.blogspot.com/-vDJjTeAeXx0/TtmpXYz2d6I/AAAAAAAAAe0/U_2fV4pPODA/s320/LG_SpringForwardBlogBackground.jpg 

Friday, December 13, 2013

Hangout with Girlfriends & about my boyfie

Posted by ika sulaika at 3:08 PM 4 comments

Hola diary! Dah lama tak mencoret dan mengkecah laman blog aku ni. Semakin lama semakin sunyi blog aku yang satu nih. Oh papa! But wait. Kenapa aku rasa geli geleman je nih. Hoyaa tiba2 nak berbahasa basi kan ;) Ok aku nak tanya something. Apa perasaan bila update tapi tak ramai yang baca atau respone. For me, kemungkinan apa yang aku taip tak menarik. Tapi tak apa.Asalkan ada jugak entry2 aku yang laku macam goreng pisang. Sealed with a kiss.....Bitten with a love. Ceh dah kenapa pulak kan. Ok yang ini nanti aku cerita kalau aku rasa nak lah hehe.

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/1455192_526162000812612_2026145908_n.jpg

Mukadimah dah tamat :D . Masa baru2 pasang internet , im too obses facebooking. Macam best je macam menarik je. Dolu-dolu aku selalu stalker facebook beberapa budak perempuan sekolah aku yang cun melecun. Rasa nak jadi macam diaorang je. Waktu tuh aku masih budak2 lagi jadi cepat terpengaruh. Walawei , banyak nya gambar senior2 hangout dekat mall. Aku pon teringin jugak tapi emm waktu tuh kecik lagi kan.

 Mak ayah tak berapa nak izinkan sangat. Parent kawan2 pon macam tuh. Tapi , bila dah form 4 ni kira dah besar jugak kan. Dah anak dara dah :'D. Terus my girlfrieds pakat dengan aku nak lepak dekat mall. Mula2 tu fikir jugak ish cukup ke duit.Duit yang ada pada aku ni untuk beli barang sekolah.Kalau pergi tahun depan lambat sangat.Lagipun nak spm lagi. :'( so aku decide pergi hari khamis masa tuh.Horee.Akhirya ada pengalaman hangout dengan girlfriends dengan masih pegang title budak sekolah. Baru lah best.Baru lah rare.Katanya budak nak up. Tak gitu akak-akak?

Kiteorang pergi naik bas je kod. Nak naik kereta siapa pulak nak pandu. Bangun pagi2 dah terpacak dekat bus stop dalam pkol 8 macam tuh. Rupanya bas nya sampai pkol 9.30.ADusss salah info lah sisto! hehe. Dah jadi penunggu bus stop sayong indah. Apodah. Tapi cenggitu baru rare hahaha. So gerak dalam 9.30 dan sampai pkol .... pkol ..... eh dah lupalah. Kiteorang hangout dekat Kluang mall dengan kluang parate je. Lagipon dua binatang ni dekat je kan. Sonang lah i. Kiteorang tu aku , myrafy , icha dan ain (adik icha).

Mula2 kitaorang pergi kluang parate je sebab kaki memang nak ke situ. Tak ada beli apa-apa pon kat sana. KIteorang belom kerja lagi lah :'(. Masa banyak habis jalan keliling je.Well aku dengan myrafy dah selalu buat macam ni kat sekolah.Jadi kaki sakit pon lali gitu hahaha. Benda yang boleh jadi perisa kat sana pon cuma tengok wayang. Cerita apa kitaorang tengok. Brrrr penanggal. Cerita nya tak best , tak seram , tak menarik. Semuannya tak. Lebih baik tegok cerita frozen tahu?

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/1476197_526162964145849_819986141_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/1451461_526163314145814_882106440_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/p480x480/1472791_526163624145783_74156390_n.jpg

Perasaan masa hangout ? Eksited. Mau tak eksitednye. Darah tengah muda. Peragai pon baru nak up. Baru rare!Siap cuci mata. Ohh tu wajib lah kalau masih remaja. Hola makcik2 , tak kan tak pernah buat kan?! Lepastu kitaorang makan dekat kfc sebab gila lapar. uhuk uhuk. Lepas makan terus pergi Kluang mall. Aku nasihatkan err , kalau korang bukan anak orang kaya tak payah shopping kat sana. Mahal wei. Beli sikit2 boleh lah. Tapi untuk kaki shopping yang tak berapa nak ada fulus boleh tawaf je. Dah tuh yang mampu -_-

Balik tuh memang lawak! Kitaorang dah keluar mall dari pkol 3.45 sebab bas amek pkol 4 lebih. Tapiiii sampai pkol 5 masih tak ada bas! Giler kan. AKu dengan icha asyik lah jalan dekat stesen. Setiap kali bas masuk , setiap kali tu jugak we all pergi check bas tuh. Dua minah lagi memang dah tak boleh gerak. Kaku kaki. Penat lah tuh. Lepas dah 10 kali bangun duduk bangun duduk akhirya kitaorang terdengar sorang uncle jerit "Kota tinggi kota tinggi".Aku dengan Icha pandang2. Terus pergi tanya uncle tuh. Rupa2nya dia sebut MELAKA. Giler terpesong. Uncle tuh kata bas nak pergi kota pukul 5.30. Nama bas tuh mayang sari.

Bila dah 5.30 , bas mayang sari dah pergi. Kitaorang tak perasan pulak bas tuh. Rasanya bermalam lah awek-awek aku. Brrr nasib baik ade sorang uncle sebut bandar tenggara bandar tenggara. Rupanya dia nak cari sapa2 yang nak pergi BT. Eh kitaorang lah tuh. AKhirnya dapat balik! Naik kereta sapu ok bukan bas. Lantak lah. Hoyaa! Pengajaran , next time kena bawak lelaki supaya awek2 tak susah cari bas (buli) , kene bawak orang2 yang dah biasa ulang alik BT-Kluang , Kalau boleh pergi naik kereta. Lebih aman!

***
11/12/13 tarikh yang semua budak2 baru nak up tunggu. Itu kan tarikh cantik. Sampaikan che tah pon terhegeh-hegeh nak grap tarikh tuh ini kan pulak budak2. lol. Pada tarikh tuh lah budak2 nak couple , buat relay. Tapi tak apa. Hak diaorang. Semalam (12/12/13) , aku lepak rumah lisa. Macam2 kitaorang kecah2. Then termasuk topik 11/12/13 tuh. Apa benda yang best berlaku kat tarikh tu dalam hidup kitaorang. Masing2 pon macam tak heran. Tak ada pape lah tuh. Tapi sorang awek aku mesti lah proud gila kan. Sebab tu tarikh dia couple. Wah dah couple. Pandai pulak tuh pilih tarikh. Kalau aku mungkin tak ada. Tapi untuk boyfie aku tersangat lah ada.

11/12/13 tuh dia eksident. Kesian tau dia sampai masuk hospital. Sampai kene operate lagi. Emm dia eksident malam. Dan esoknya (12/12/13) genap sebulan kitaorang couple. Tapi xde lah nak wish2 segala. Poyo pulak aku rasa. Buat sekadar ingat2 tuh ok lah. Dia ada sent gambar2 dia dan ofcourse aku tak kan share dekat sini. Awak , cepat sembuh k ;) May Allah bless you.

Monday, December 2, 2013

Game is better than Stress EP 2

Posted by ika sulaika at 1:38 PM 0 comments


Cuti kali ini boleh di kategorikan sebagai antara cuti yang membosankan. Giler tak bosan ?! Bangun , mandi , hadap fb , hadap blog , Tunggu chat fadzrin , basuh kain , sidai kain , lipat kain , sapu rumah , hadap fb lagi. Brrr takde life betul -,-. Aku ulang-ulang ulang xtvt yang sama berhari-hari. Kalau Fadzrin tau ni mesti dia nangis tengok awek dia tok'ado life. 

Tapi tapi nasib baik lah my member mengeluarkan isi-isi otak yang great. Tahniah Umairah. Because of you , atleast ade satu hari bagaikan syurga buat kawan-kawan engkau ni :'( *gembira tak terkata*. Dari isi otak yang diolah , tercetuslah idea Game is Better Than Stress as known as GIBTS. 

"GIBTS antara anak tiri running man yang diwakili ahli tetap , guest dan PD/MC"

Well since 2011 (form 2) , dalam kelas budak2 innocent macam kiteorang ni tetiba datang kupu-kupu kecil penyebar virus k-k-k-k-k-k-pop. Tak alih2 , virus tu tersebar cepat nak mampus dengan kelajuan 120 KM/sejam.Bayangkan. UNtuk GIBTS ni kitaorang ade buat group dekat FB untuk memudahkan member2 GIBTS berhubung.

So 2 minggu lepas adalah hari kedua GIBTS berlangsung. Do you wanna know what we do ? so let check it out below :

" Idea kumpulan GIBTS dicetuskan oleh umie umairah untuk semua rakan-rakan saya dimana kami ingin mencari ketenagan sebelum menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2014 "

Mula-mula tak ada guest sebab guest yang sepatutnya join tak dapat datang. Ada beberapa ahli GIBTS terpaksa keluar dan tak datang. Nasib baik lah masa aku dengan Umie on the way nak pergi rumah meot , boleh terserempak dengan 2 orang lelaki. Eh , hahaha. Member2 lama gua masa darjah 6 dengan Form 2 ni. Tetiba aku ajak diaorang join. Jadilah guest. Thanks Ajim and Soleh.
GIBTS EPISODE 2
Hari :Selasa
Tarikh : 19 November 2013
Tema : merah atau Pink
Misi : 'Skipping Race'
Tetamu mingguan : Hazzim dan Solih...
kumpulan : (azim,Meot,Icha,Umie) dan (solih,aku,jeyha,farhana)
MC/PD : Run Haifays
Pemenang mingguan :Kumpulan solih (yeahhh)
Game 1
'Lukisan 4 set'

Pemenang ---> kumpulan solih

Game yang ini macam episod satu. Dimana setiap kumpulan kene tentukan siapa pemain 1 sampai lah nombor 4. PD Piah akan bagi satu perkataan dan P1 Aku/Icha kene lukis sambil berdiri. Lepastu P2 farhana/meot dengan tok ketampi lepastu lukis balik ape yang P1 dah lukis. Lepastu P3 Ajim/soleh kene bangkit tubi sbelum lukis apa yang P2 lukis. And lastly P4 Jeha/umie kene teka apa yang P3 lukis. Dan kumpulan aku menang. Yeahhh !!!

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/1477384_262867863865694_1886091_n.jpg

Pemain satu group soleh kene tutup mulut pakai kain (ini aku) tapi group ajim kene tutup mulut pakai soletip :3

EP 2 
Game 2 
'Wisel?? macam x jer' 
masa diambil dan kumpulan solih menang lagi...

 Before tuh, PD Piah nak buat aktiviti mencabar sekejap. Dalam running man , member kene tarik name tag dekat belakang baju pihak lawan rite. So , Group soleh kene lawan dengan group AJim. Dan akhirnya group ajim menang. Hahahaha baru 2 guest tu tahu even fix member GIBTS ni perempuan tapi lasaknya Mak Aiiii!!

So, PD Piah pon akan mulakan game kedua dimana pemain 1: makan telur...pemain 2: makan asam...pemain 3 : makan choki-choki...pemain 4: makan aiskrim malaysia dan PD akan ambil masa. SElangi P1 tak habis makan telur , P2 tak boleh makan asam. BIla pemain dah habis makan makanan yang diberi , pemain kene buat tiupan wisel. Tapi seriouly tak reti langsung. Macam bunyi puting beliung hayan pon ade. hakhakhak.

Pemain 1 : Makan telur (aku/icha)
pemain 2: makan asam (jeyha/ajim) 
pemain 3 : makan choki-choki (soleh/meot) 
pemain 4: makan aiskrim malaysia (farhana/umie)

'What aku kene makan telur sebiji ? *pitam* '' macam tu lah reaksi aku. Dalam otak aku , kene makan cpat2 ni supaya member aku yang lain menang. Bila PD Piah kira 123 je , terus aku ketuk2 telur yang 3/4 rebus tuh kuat2. Lepastu pusing belakang terus masukkan 1 biji telur dalam mulut. Member GIBTS yang lain bantai gelak semahu-mahunya. Semuanya "ohh ohh ohhh ika.. Wooooo"

Ep 2
Game 3
' Baling selipar berganti-ganti'

--->baling selipar ---> susun semula ---> pusing gajah 10x --->lepaskan ikatan tawanan...

Pemenang -->kumpulan azim
Kiteorang kena tetapkan balik siapa nak jadi pemain 1 sampai nombor 4. Lepastu siapa yang nombor 1 akan diikat mata , tangan dan kaki.Hakhakhak.Sapa group yang paling cepat lepaskan ikatan tawanan akan dianggap pemenang.

P1 : Soleh/Meot (tawanan)

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/1459311_262869913865489_1656761111_n.jpg https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/1472894_262869900532157_108455047_n.jpg

P2 : Jeyha /Icha
P3 : Aku/ Umie
P3 : Farhana/Ajim

Serious serious lepas pusing gajah masing2 pening. Jalan pon terhuyung hayang. Masa dah habis pusing gajah , aku nak pergi kat soleh. Tapi memang melayang giler. Pandangan aku pon berputar-putar. Yang aku dengar , member2 jerit " ika kereta ika kereta". Aku pon pandang. Tapi aku cuma nampak lampu kereta je. Terus lari2 anak seberang jalan (tempat tawanan) dengan kepala pening macam pemabuk.Pastu duduk terus bukak ikatan kaki soleh. Soleh sound aku "pfff bukak lah tangan dulu. Nanti senang aku boleh bukak kaki sendiri". Aku balas "dah kaki kau yang aku nampak dulu" sambil mata terjuling-juling.

" lepas aku pusing , aku tengok ajim pon dah berpusing-pusing.hakhak pening"-jeyha
"mana mira(meot) aku , mana mira aku" -kata ajim dalam keadaan pening untuk bukak ikatan meot.
"Peninggggg~" *dengan teraba-raba graviti bumi* - farhana

EP 2
Game 4 --> penentuan pemenang yang sebenar

cari barang berdasarkan hint...
Pemenang dengan catatan masa terpantas --->kumpulan solih(3 minit)
Kumpulan azim -->apa yang korang buat??? apa cer 7 minit bagai??

Tahniah diucapkan
 
Pemain 1: skipping sebanyak 30x
pemain 1 dan 2 : skipping sambil pemain 2 tiup belon
pemain 2 dan 3 :skipping sambil membina ayat
pemain 3 dan 4 pgang tali skipping --->pemain 1 dan 2 akan lompat sebanyak 30 kali...
Pemain 1 : Soleh/meot , Pemain 2 : Farhana/Icha , Pemain 3 : Aku/umie , Pemain 4 : Jeyha/AJim.  
 Permainan dimulakan dengan menghantar 1 wakil setiap kumpulan untuk dijadi tawanan. Tawanan ni PD yang pilih iaitu aku dengan ajim. So kiteorang berdua cuma duduk atas karpet dan tengok 6 orang ahli GIBTS cari sampul surat. Bila dah dapat kesemua sampul surat yang (PD piah dan pembantunya khalidah) sorok , permainan pon dimulakan dan masa diambil.
https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/1468521_262869890532158_1042737665_n.jpg 
https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/1459914_262869350532212_2021378484_n.jpg
( Group aku yang sedang cari sampul surat kat pokok rumah orang )
 So pemenang keseluruhan jatuh pada kumpulan Ganjil yang diwakili fix member (aku, jeyha) , fix new member (farhana) dan guest (Soleh). Dan yang kalah adalah group Genap yang diwakili oleh fix member (Meot selaku tuan empunya rumah,Icha,umie) dan guest (ajim).
https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/p480x480/1476365_262869313865549_150239483_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/1476181_262867880532359_1807250840_n.jpg 
( soleh dan farhana)
https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/1459799_262869333865547_345117535_n.jpg
 
https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-ash3/370202_100003158621442_1748583166_n.jpg Kata-kata pencetus GIBTS " Hehehe...kpd kumpulan yang kalah,,jgn bersedih hati...lain kali,lain masa boleh cuba lagi... segala tingkah laku yang tidak sopan hari ni jgn diulangi....(gurau)..."
Sebelum mengakhiri entry "ngada-ngada terpanjang" aku nih , meh aku sajikan gambar2 the making of game is better than stress ep 2. Ep 1 tak ada ok uguys because gambar pon tak ada. Jadi aku malas nak update :) Luv u all. 
https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/1425537_262867853865695_1067490132_n.jpg 
(Aku yang kepanasan dan meot yang kepanasan) 
~21 hari bersama botak~ 
 

IKA SULAIKA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal