Pages

Saturday, June 29, 2013

Hantu nak bergurau

Posted by ika sulaika at 5:30 PM

Copy from my private blog (last) entry ni macam selekeh sikit huhu



Bulan Mac 2013   


Aku dan icha datang lepak dekat rumah Lisa sebab nak buat homework. Waktu tu macam-macam kita orang berbual padahal tujuan datang tu lain. Hewhew . Dekat rumah dia yang besar tu cuma ada mak lisa , abang lisa , kucing-kucing lisa , lisa , aku dan icha . Peh berapa lisa aku dah taip ni? whatever . Pada hari itu Lisa belanja aku dengan icha minum ice-blend.Maka sebelum sampai ke rumah lisa , kami pergi beli ice blend dulu. Sudah pasti horlick bersama pearl dan ais-krim serta taburan berbutir coklat menjadi pilihan.

Sedang minum ice-blend , abang lisa datang nak ngencek ice-blend lisa sebelum dia pergi kulai dengan kawan dia.Lepas dia dah pergi tinggal lah beberapa ketul manusia dalam rumah itu.It mean cuma mak lisa ada dalam rumah dan kami ada di halaman rumah dia , tak lama tu perut aku memulas. 'aik,tak kan nak eyakkk pulak' desis hati aku. Aku cuba tahan sebab aku tak suka berlabuh dekat rumah orang. Apa-apa pun rumah ku syurga ku.Tak lama tu aku rasa macam tak boleh blahhh tahap nak ter-eyakkk dia.

"Lisa nak tandas" aku dah buat muka tak tahan.Dia teman lah aku ke tandas dia yang paling belakang yang di khaskan untuk eyakk sementara icha masih duduk dekat halaman.Tak menyempak betul aku masuk tandas.Lisa ada dekat dapur yang bersebelahan dengan tandas.Perlabuhan pertama memang nikmat.Lepastu aku isi air dalam baldi.Aku dengar lisa cakap "dah siap ke belum" tapi aku tak jawab sebab terasa nak eyakk lagi.Aku berpendapat waktu tu dia dah keluar sebab aku lama sangat.Bila aku keluar tandas , lisa tak ada . Yang ada cuma kucing hitam lisa.Aku buat derk je keluar rumah.

Aku tengok lisa dengan icha berbual.Aku pon berbual sama.Tak lama tu aku cakap "lisa , tadi aku dengar kau kata dah siap ke belum hehe.Aku sakit perut lah.Tak sempat nak jawab".Then , lisa dengan icha diam.Aku pon diam arr.Mungkin aku kacau daun kod sebab diaorang tengah cerita best best aku masuk kan pulak cerita without point. Sekali , lisa cakap "aku tak teman kau lah , ika.Lepas aku hantar kau , aku terus pergi sini"


Jeng jeng jeng ........




 
Hantu ni nak bergurau masa aku beyakkkkk ? Eii ngada hangat tau iye tu


Penulis oleh :

0 comments on "Hantu nak bergurau"

Post a Comment

 

IKA SULAIKA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal