Pages

Friday, September 27, 2013

Antara Pencuci Safi balqis perfect 10 vs Safi Natural

Posted by ika sulaika at 11:04 PM

Baca dulu persoalan di bawah ini ...

  • Kenapa kulit menjadi gelap dan tidak bermaya?
    • Kulit wajah yang sering terdedah kepada persekitaran seperti matahari, pencemaran, habuk dan tekanan boleh menyebabkan kulit kusam, menjadi gelap, kering, tidak serata dan tidak bermaya.
  • Apakah punca tona kulit tidak sekata?
    • Sinaran UV, jumlah melanin akibat pigmentasi di dalam kulit, makanan yang diambil dan bekas jerawat boleh menyebabkan tona kulit tidak sekata. Penggunaaan produk yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kulit tidak berseri.
    • Apakah perbezaan antara Krim Siang dan Krim Malam?
      Kebanyakan Krim Siang mengandungi Perlindungan UV untuk melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB yang sememangnya tidak diperlukan ketika di kawasan gelap. Krim malam pula bertujuan untuk memperbaiki dan melembapkan kulit, juga berfungsi merawat sel-sel kulit wajah ketika ia sedang berehat.

    ***
Safi balqis perfect 10 sangat popular dalam kalangan remaja dan kawan2 aku. Mungkin sebab perfect 10 kod. Dah lah perfect , 10 lagi tuh ! Aku pun terpengaruh dengan term 'perfect 10' wink wink. Pernah sekali tuh , aku cakap dengan kawan2 yang aku pakai "safi natural manggis" and they were like "HAHAHA" *maybe diaorang fikir aku pakai yang so-so je. Woah geram je -,-" *

"Safi Manggis paling latest ok. Jangan tak tau~"

Disebabkan aku pernah pakai pencuci Safi balqis perfect 10 selama 3 tahun setengah dan pencuci safi natural manggis selama lebih 3 bulan ... so here, aku nak bagi pendapat aku tentang both product. What they work on my face. And which one i most like !

http://safi.com.my/images/products/balqis/cleanser-normal-thumb.png http://safi.com.my/images/products/natural/safi-manggis.png

Kulit aku tak banyak problem. tak ade titik hitam or , jerawat , jeragat. Cuma , pori2 agak terbukak. Bahagian hidung dan tepi hidung tak flawless. Oily . Gelap. Dan bila tiba petang , kulit nampak kusam dan kering. So ape yang Pencuci Safi balqis perfect 10 vs Safi Natural Manggis buat pada kulit aku ?

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/1231405_523829897694002_1065460943_n.jpg


Safi Balqis

Rangkaian penjagaan kulit wajah SAFI BALQIS Perfect 10 dengan Formulasi Nano BioWhite & Q10 bukan hanya mencerahkan kulit, namun ianya membuatkan kulit anda halus, mulus serta cerah sempurna melalui 10 Tindakan Lengkap dalam hanya 2 minggu.

  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari sinar UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Meningkatkan keelastikan kulit
  • Menghidratkan kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Menghaluskan kulit
  • Melembutkan kulit

 
 Teknologi Nano yang 1000x lebih kecil berbanding saiz mikro, menyerap lebih pantas dan mendalam dengan berkesan melalui:

Nano Bio-White
  • Memperlahankan pembentukan melanin di samping mengurangkan kesan pigmentasi untuk mencerahkan kulit secara efektif. Ia juga menyamaratakan tona kulit sambil mengekalkan kelembapannya.
Pelindung UV
  • Melindungi kulit dari radikal bebas serta pancaran UV yang memudaratkan.
Nano Q10
  • Nano Q10 membantu meningkatkan keelastikan kulit serta memperbaharui sel-sel yang menghasilkan kolagen untuk kulit yang lebih mulus.

Pengalaman aku guna Safi Balqis

Aku start guna dari Akhir darjah 6 ataupon awal tingkatan 1. Hehe entah dah lupa. Dulu, kulit aku memang gelap gelita gempita.Lepastu , memang comot momot. I mean , well budak. Bila kulit berpeluh kesat dekat baju je. Lepastu muka pon oily giler sebab ada sukan dekat sekolah lah , hapelah.Dulu, aku pergi sekolah naik basikal je sebab rumah dekat. Bila pagi memang nyaman ditiup bayu katekoo. Tapi, masuk je tengahari ... memang merenjis lah kulit aku.Dah lah kurang pokok. Tak dapek kulit i nak bermanja. Berbasikal di bawah bara matahari. Tidak lain tidak bukan , kulit aku yang gempita menjadi lebih gempita.

Nak tahu, tahap gempita aku ni berbelas tau kalau diukur dengan pembaris warna kulit Asia. Serious talk. Jadinya aku sangat sensitif bila mana aku dibezakan dengan 2 orang adek aku yang lepak-lepak.I is so touching.One day di saat aku darjah 5 , seorang member aku ajak teman pergi kedai.Katanya nak beli SAFI *zaman nih safi balqis perfect 10 belum lahir*.Dari situ , aku pon berazam nak jadi lepak-lepak macam dia. Hingga lah suatu hari , saat kelahiran safi balqis perfect 10 diwarwarkan siaran kotak kaca .. aku pon menjadi salah seorang pengguna dia selepas guna produk jenama lain.


Sepanjang 3 tahun setengah aku guna , aku dapati kulit lebih cerah , bersih dan mulus. I is sangat gumbira bila ada effect dekat sekeliling. Ramai yang menyedari kulit semakin bersih dan cerah.Kebahagiaan paling dalm hokey bila cerah walaupon tak lepak. Nampak ke tidak koo ni , aku begitu gembira sebab benda yang paling aku benci beransur pergi.


Safi Natural Sari susu Manggis 

Manggis dinobatkan sebagai "Ratu" atas dasar beliau mempunyai banyak kebaikan dalam kecantikan. kuasa 40 kali ganda anti-oksida (Xanthone) yang tak dapat disangkal lagi. kuasa tersebut adalah jauh jauh jauhhhhh lagi bagus dari Vitamic C dan E.

Tiada yang sebaik sentuhan semula jadi. Memahami keistimewaan ini, SAFI tampil dengan rangkaian produk penjagaan wajah yang berasaskan bahan semula jadi menggabungkan kebaikan sari Mentimun, Zaitun, Pokok Lidah Buaya dan Gamat untuk memenuhi setiap keperluan kulit agar sentiasa tampil segar, bersih, halus, bebas jerawat dan berseri.
  •  bertindak membersih tanpa mengeringkan kulit wajah biarpun digunakan beberapa kali sehari.
  • Kaya dengan antioksida dan nutrien.
  • Penggunaan berterusan juga membantu mempercepatkan pencerahan kulit.
  • Kulit lebih halus, berseri dan bertambah cerah secara semula jadi.

Pengalaman aku guna Safi Natural Sari Susu Manggis

Aku kenal pencuci ni bila tersangkut dengan entry ini KLIK SINI . Kebetulan, pencuci muka perfect 10 aku dah habis. Jadi dah alang-alang habis tuh , why not aku cuba yang manggis pulak. Kau tau, kalau untuk manjakan diri ni.. aku suka sangat dengan unsur susu dan buah.Pada aku 2 bende alah ni memang best tahap maksima! Jadi aku pon beli dan pakai.


Memang betul kata-kata Safi Natural Sari Susu Manggis nih. Dia buat kulit aku sangat halus , licin , cerah , lembap dan berseri *berseri ke koo XD*. Lagipun bau dia sangat wangi. Korang kene faham, aku sebagai manusia yang selalu dibezakan dengan ila & iza , memang akan happy giler bila kulit dah tak segempita dulu.Sangat lembap. Kau tahu, aku sentuh pipi baby lepastu aku sentuh pipi aku haha. Walaupon , dah terang2 kulit baby lagi licin at least kulit aku tak sekasar mana. Sekarang ni , dah nak masuk 2 kali pencuci muka SM habis. Dan lepas ni , aku akan beli lagi !


***

Kulit kita lain-lain ye adik2. Tak semestinya produk A sesuai dengan kau , sesuai jugak dengan orang lain. Ini hanya pengalaman aku. Jadi, aku lebih suka Safi Natural Manggis disebabkan ada susu dan buah. Fyi , aku spesis manusia yang tak telan buah sangat. Tapi , sejak pakai SNM... terus jadi pemakan manggis ok ! hahaha ....


Credit :

- http://safi.com.my/
- http://kupukupukecik.blogspot.com/2013/05/ratu-segala-buah-dan-khasiat.html





3 comments on "Antara Pencuci Safi balqis perfect 10 vs Safi Natural"

Unknown on April 23, 2016 at 9:49 AM said...

Safi natural sari susu manggis tu sesuai tak untuk remaja 15 thn ?

ANONYMOUS on April 23, 2016 at 9:50 AM said...

Safi natural sari susu manggis tu sesuai tak untuk remaja 15 thn ?

eina arina on May 18, 2016 at 9:17 PM said...

saya pengguna safi manggis ni, okay and wangi je bau. awk yg umur 15 pun saya rasa pun sesuai sbb produk safi ni selamat ;)

Post a Comment

 

IKA SULAIKA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal