Pages

Sunday, December 29, 2013

Mimpi ngeri

Posted by ika sulaika at 11:55 PM

2 malam lepas dalam pukul 9.00 am , aku tersedar dari mimpi. Mimpi yang pada aku agak ngeri! seriau! ngilu! yuck! dan puih-liss lah! Tak sanggup mak nak bukak pekung kat jah-jah kesayangan semua. *lol guwa mana ada regular reader uwekk* Ok back to normal *menyampah pulak ngada-ngada*. Ok! Sambung balik. Dekat sini aku nak jujur lah ya. Aku cukup tak suka doktor gigi. Cukup-cukup tak suka. Sorry XD. Nak tau sebab apa? Meh mak habak kat jah. Dalam hidup aku , lebih kurang 7 kali gigi aku kena tampal. Ya! Mak tak tipu. 7 kali. Nak aku repeat? Tak perlu kod.

Ini semua salah aku! *aku rasalah*. Gigi aku banyak lubang dan limpahan gemerlapan yang tak bersinar sebab buruk! Ada empat tempat yang 'penuh'. Ya! Lawak. Lawak sangat. Ini semua disebabkan aku kuat makan jajan , atau , aku pemalas gosok gigi , atau , gigi aku lembik. Well semua ni kesilapan masa zaman budak-budak. Gigi aku rosak wuwuwu :'( Jadi dah tujuh tahun aku asyik kene tampal gigi. Kalau tampal macam tu je , mak tak kesah jah. Masalahnya , DR.Gigi tu korek korek korek kasik dalam. Tak cukup dengan tu , DR.Gigi tu hunus gigi aku pakai alat dia yang bising nak mamp. Dia tebuk2 gigi aku macam tupai tebuk kacang. Mana tak sedih?! Sakit tau. 7 tahun lagi! Mau tak aku fobia. huhhh.

Jadi dari situ aku tak suka DR.Gigi.Ohh come on pak doktor! Apa kau fikir bagus? Dah lah tampal tak kuat lepastu tampal lagi. Bila tanggal kau tampal lagi? Sakit wei! *dush! dush! dush! Tak kenang budi langsung*. Tapi kan , pernah sorang nurse ni cakap gigi aku memang jenis tak kuat. Waktu tuh kali keenam nak kene tampal kod. Well Puan Nurse , kau cakap gigi aku tak kuat kan? Maksud tersirat kau adalah gigi aku jadi macam gini BUKAN sebab kuat makan jajan atau pemalas gosok gigi kan. Tapi sebab gigi aku tak kuat kan. Jadi bukan salah aku lah kan? kan? KAN? good nurse! Nampak. Baikkan aku XD

 erk ?!

Jadi 2 hari lepas dalam pukul 9.00 am *anak dara seriously? 9??**Shut up sound!*
Aku telah bermimpi secara drastik yang tak ada permulaan sebab tetiba je dah klimaks , aku gerak gerakkan gigi aku. Macam kunyah tapi aku tak kunyah apa-apa. Apa sengaja buat macam tuh. And guess what?! I tell u ya , gigi aku mudah tercabut. Dalam bilangan yang banyak. Seriously , banyak! Aku boleh cakap , tinggal gigi depan dengan beberapa ketul gigi geraham je. Sakit doe! -_-  Ok actually tak sakit sangat. Rasa macam benda tu tanggal tapi tak sakit. Lepastu ada beberapa ketul gigi yang dah nak tercabut tapi liat sebab tersangkut dengan gusi sikit. DAN , aku pergi pusing gigi tu? Bayangkan betapa sakitnya. Ok yang pusing-pusing nih aku rasa sakit. Lepastu , aku tengok gigi geraham aku dekat cermin. What! gigi geraham yang ada hitam2 limpah ruah tu cuma ada gigi je? I mean , dekat tengah2 boleh nampak dengan jelas GUSI! woah gila seriau! Pastu aku pun terjaga sebab .... sebab .... errr ada tangan tepuk ganas vontot aku? heh!

Then malam yang lepas , aku sedang syok baca sebuah novel ni. And guess what jah kesayangan? Huhhhh ... heroin dalam novel tu mimpi gigi dia tercabut sebatang. Dan dia kata "Qis tak sedap hati lah papa. Qis kata macam ada benda buruk berlaku kat papa nanti. Huhh tak payah lah pergi jepun. Qis tak izikan papa pergi sana". Errr adakah maksud dia malapetaka?! God. Dah lah gigi aku tercabut banyak. Tapi , aku malas lah nak fikir. Aku cuma fikir mungkin Allah bagi warning sebab anak dara bangun lambat sangat lah tak macho. Perlis lah anak dara sekalian. Yeah. Insya-Allah tak ada apa-apa yang akan berlaku.

Aku decide nak tulis entry ni sebab aku teringat seorang arwah bernama Yasmin J hunwick. Kisah dimana dia mimpi ngeri dan dia sempat tulis dekat dalam blog dia. And guess what? 2 atau 3 bulan lepas tu dia meninggal. Innalillahhiwainnalillahhirojiunnn. Aku harap nasib aku tak sama macam dia. Dia tak sempat ambil spm pon. Kalau arwah masih hidup , mesti dia dah berumur 18 tahun. Memandangkan nak dekat new year dan aku tak update blog lebih 10 hari , jadi entry ini akan jadi entry terakhir untuk tahun ni. TERAKHIR! :) 


Nah aku sertakan mimpi Arwah Yasmin J hunwick [KLIK SINI]

0 comments on "Mimpi ngeri"

Post a Comment

 

IKA SULAIKA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal